Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 34

UNIT HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM HARI KESUKARELAWAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PERLIS Menyuntik Semangat Kesukarelawan di Kalangan Warga Kolej Komuniti Arau Oleh: Mohd Azli bin Takiyudin Pada 5 Disember 2013, Kolej Komuniti Arau telah terpilih sebagai pengelola program berbentuk sukarelawan yang dianjurkan oleh iM4U. Program kesukarelawan ini adalah di peringkat antarabangsa dan Kolej Komuniti Arau bertuah kerana menjadi pilihan iM4U untuk melaksanakannya di negeri Perlis. Program yang dianjurkan adalah Program Pendidikan Ekologi dan Alam Sekitar dengan jalinan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Pengisian program ini adalah melalui ceramahceramah yang disampaikan seperti Alam Sekitar, Milik Bersama dan Teknik Penghasilan Mudball. Dalam program ini, para sukarelawan menyediakan dua projek iaitu menyediakan mudball dan larutan enzim daripada bahan atau sisa makanan. Kegunaan mudball adalah untuk menjadikan kandungan air lebih jernih, meningkatkan kadar oksigen di dalam air serta mengawal kualiti air manakala larutan enzim yang dihasilkan sangat berguna sebagai baja dan racun tumbuhan dan juga bertindak sebagai bahan pencuci (detergenT). Adalah diharapkan agar program seumpama ini mampu untuk melahirkan pelajar yang berminda kesurelawanan dan ia juga dapat menjadi platform yang baik bagi memupuk budaya cinta dan sayangkan alam sekitar di kalangan pelajar dan staf. 34