Edisi JULAI - DISEMBER 2013
Oleh: Hazwani Rifhan binti Halim
Pada 24 Ogos 2013 yang lalu, Kelab Petanque
Kolej Komuniti Arau telah menganjurkan
Kursus Asas Pengenalan Petanque. Sesi teori
pada sebelah pagi diadakan di Dewan Afifi
Kolej Komuniti Arau manakala sesi praktikal
dijalankan pada sebelah petang di Gelanggang
Petanque Stadium Utama Negeri Perlis.
Seramai 66 orang peserta terdiri daripada
pelajar Kolej Komuniti Arau yang mengambil
bahagian dalam kursus ini. Penceramah pada
hari tersebut adalah Puan Norhasimah binti
Jusoh daripada Persatuan Petanque Negeri
Perlis dan Encik Mohamad Hanif bin Zaher
daripada Persatuan Petanque Negeri Kedah.
Kursus ini berupaya memberi pendedahan
asas kepada pelajar mengenai sukan petanque
seterusnya membudayakan sukan ini di
Kolej Komuniti Arau. Lanjutan daripada itu,
Kelab Petanque Kolej Komuniti Arau telah
menganjurkan Klinik Petanque bersempena
dengan Minggu Suaikenal Pelajar Baharu
Sesi November 2013 kepada pelajar baharu.
Seramai 100 orang pelajar telah melibatkan
diri dengan program ini yang diadakan pada 1
November 2013. Peserta diberi pendedahan
secara teori dan praktikal di gelanggang
petanque Kolej Komuniti Arau. Sesi teori dan
praktikal disampaikan oleh En Mohamad
Zabidi dan En Che Yusop serta dibantu oleh
ahli-ahli Kelab Petanque Kolej Komuniti Arau.
Para pelajar menunjukkan komitmen dan minat
yang tinggi terhadap aktiviti yang diadakan.
KURSUS ASAS
PENGENALAN
PETANQUE
Menambah Kemahiran
Permainan Sukan
Petanque
KEJOHANAN
SIRKIT PETANQUE
NEGERI 2013
KK Arau Raih
PERAK
Oleh: Mohammad Zabidi bin Abdullah
Pada 20 – 23 September 2013, Kejohanan
Sirkit Petanque Negeri 2013 telah di adakan di
Arena Petanque Langkawi Tourism Academy@
KKLangkawi. Kolej Komuniti Arau telah
menghantar 14 orang peserta bagi 6 kategori
– Perseorangan Lelaki/Perempuan, Double
Lelaki/Perempuan dan Trio Lelaki/Perempuan.
Hari pertama, perlawanan bermula dari 8.00
pagi sehingga 5.00 petang. Perlawanan
pusingan pertama adalah secara double
knockout system. Johan dan Naib johan dari
setiap kumpulan layak untuk ke pusingan
Suku Akhir yang dijadualkan pada hari kedua
pertandingan.
Hari kedua, perlawanan Suku Akhir telah
berlansung pada sesi pagi manakala
perlawanan Separuh Akhir dan Akhir
berlansung pada sesi petang. Kolej Komuniti
Arau telah berjaya meraih pingat Perak bagi
kategori Perseorangan Perempuan yang
diwakili oleh Nur Ashikin Binti Wan Dahaman.
Tahniah diucapkan.
35