Edisi JULAI - DISEMBER 2013
KURSUS
PERMAINAN DART
... Mempunyai Cabaran Tersendiri
Oleh: Mohd Azli bin Takiyudin
Permainan dart merupakan sukan yang
baharu di kalangan staf dan pelajar di Kolej
Komuniti Arau. Ia boleh disifatkan sebagai
satu permainan yang mencabar kerana pemain
perlu mempunyai konsentrasi dan fokus yang
tinggi. Sebagai tambahan, sukan ini turut
dipertandingkan pada Kejohanan Kakitangan
Awam Peringkat Negeri Perlis dan Kebangsaan.
Bagi memperkenalkan sukan ini, unit HEP
telah menganjurkan kursus teknik permainan
dart pada 18 Disember 2013 yang telah
dikendalikan oleh pemain yang berpengalaman
dan pernah mewakili Perlis dalam pertandingan
dart iaitu En Mohd Taufik bin Mad Radi.
Kursus ini melibatkan beberapa aspek secara
teori dan praktikal merangkumi cara bermain,
kiraan mata, dan peraturan. Penglibatan
daripada pelajar amat menggalakkan di mana
terdapat 20 orang pelajar telah mengikuti
kursus ini dengan jayanya. Rentetan daripada
kejayaan ini, kelab permainan dart telah
ditubuhkan bagi mengaktifkan sukan ini di
peringkat Kolej Komuniti Arau.
PROGRAM BERSEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN
PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI ARAU
Bahasa Jiwa Bangsa, Martabatkanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Oleh: Shafarizan binti Abd Samad
Program ini dianjurkan bersempena dengan
Bulan Bahasa Kebangsaan yang bermula pada
Oktober hingga Disember 2013. Penganjuran
ini juga adalah merupakan satu gerakan besarbesaran di seluruh negara untuk melibatkan
semua lapisan masyarakat dalam menyertai
program bulan bahasa yang diadakan.
Objektifnya adalah untuk menyemai semangat
kecintaan pelajar terhadap bahasa kebangsaan,
memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan
bahasa pengungkapan budaya tinggi serta
bahasa komunikasi so ͥ