Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 32

UNIT HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM HARI KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT NEGERI PERLIS Semarakkan Jiwa Merdeka…. Kami Anak Merdeka! Oleh: Mohd Azli bin Takiyudin Program anjuran Kerajaan Negeri Perlis yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis ini diadakan di Dataran Merdeka, Kangar pada 31 Ogos 2013. Kolej Komuniti Arau (KKA) telah turut serta dengan menghantar kontinjen seramai 44 orang terdiri daripada dua orang staf dan 42 orang pelajar. Hasil latihan dan komitmen para peserta, KKA telah dianugerahkan tempat ketiga dalam kategori IPTA/Sekolah dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500. Kemenangan ini dilihat mampu mengukir nama KKA di persada naungan tanah tumpah negeri Perlis. Kejayaan ini turut mengulangi pencapaian cemerlang kontinjen KKA pada tahun 2012. Program yang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta ini dilihat menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dan saling bertukar informasi di kalangan peserta. 32