Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 31

Edisi JULAI - DISEMBER 2013 KARNIVAL SUKAN TERTUTUP KKAP Melahirkan Generasi Sihat dan Cergas Oleh: Mohd Azli bin Takiyudin Karnival Sukan Tertutup Kolej Komuniti Arau ini merupakan program yang dianjurkan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Program ini juga dapat membentuk semangat perpaduan di kalangan pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Arau. Sebanyak lapan acara dipertandingkan sepanjang karnival sukan yang berlangsung pada 21 hingga 22 September dan 5 hingga 6 Oktober 2013 ini iaitu pertandingan badminton, sepak takraw, sepak raga tuju, ping pong, futsal, bola jaring, bola tampar dan tenpin boling. Berikut merupakan pecahan jenis kategori mengikut sukan yang telah dipertandingkan: Bil Sukan 1 Tenpin Boling Kategori Bilangan Pemain 1 Individu Wanita Bola Tampar 4 4 Individu Lelaki 2 Berpasukan Lelaki Berpasukan Wanita Tempat 1 Berpasukan Lelaki 8 Berpasukan Wanita 8 3 Sepak Takraw Berpasukan Lelaki Ping Pong Beregu Lelaki 2 Beregu Wanita 2 Perseorangan Lelaki 1 Perseorangan Wanita Institut Latihan Perindustrian (ILP) & PTSS 4 4 Perlis Bowl, Kangar 1 5 8 8 1 Beregu Lelaki 2 Beregu Wanita 2 Perseorangan Lelaki 1 Perseorangan Wanita Sepak Raga Tuju 1 Individu Wanita 8 3 1 Berpasukan Lelaki 4 D’Futsal Centre, Kangar 3 Individu Lelaki Badminton Berpasukan Lelaki Berpasukan Wanita 7 Woodball Berpasukan Lelaki Berpasukan Wanita 6 Futsal Kolej Komuniti Arau Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar Dewan Badminton, Jejawi Kolej Komuniti Arau Program ini menjadi lapangan terbaik ke arah mencungkil bakatbakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Wilayah Utara, SUKIPT, SIPMA dan sebagainya di samping mengeratkan hubungan sesama pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Arau. Pihak penganjur amat berharap agar program ini dapat dijalankan dan mendapat sokongan yang penuh dari pihak pengurusan Kolej Komuniti Arau. Pada karnival sukan kali ini, sambutan daripada pelajar dan staf begitu memberangsangkan. Setiap daripada pelajar dan staf menunjukkan minat yang begitu mendalam dalam pertandingan sukan yang diadakan. Jadual berikut merupakan jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan: - 31