JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNIT TEKNOLOGI KOMPUTER
Edisi JULAI - DISEMBER 2013
PERTANDINGAN KEMAHIRAN
KOLEJ KOMUNITI (PKKK) 2013
Pelajar SKS Sahut Cabaran
- Ilmu Ditambah, Kemahiran Dipertingkat
Oleh: Mohammad Zabidi bin Abdullah
Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti
kemahiran pelajar-pelajar Kolej Komuniti,
Kolej Komuniti Arau telah menghantar dua
orang pelajar dari Program Sijil Komputer
dan Sokongan untuk menyertai Pertandingan
Kemahiran Kolej Komuniti (PKKK) 2013 bagi
kategori IT Network System Administration.
Pertandingan ini telah berlangsung pada 21
Oktober 2013 bertempat di Makmal Aplikasi
2, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka.
Sebanyak 12 Kolej Komuniti seluruh Malaysia
telah menghantar pelajar masing-masing untuk
menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua
sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pada sesi
pagi, peserta diberi tugasan pertama yang
berkaitan dengan Pembangunan Rangkaian.
Tugasan
ini menguji kemahiran peserta
dalam membangunkan server menggunakan
Windows Server dan Samba Server. Pada
sesi petang, tugasan kedua pula diberi kepada
peserta yang perlu diselesaikan dengan
menggunakan Packet Tracer. Pertandingan
ini tamat pada pukul 5.00 petang dan semua
tugasan diberi markah oleh pemeriksa yang
dilantik.
Sepuluh peserta terbaik dari pertandingan ini
akan terpilih untuk menyertai Pertandingan
Kemahiran Malaysia 2014. Walaupun tidak
terpilih, syabas diucapkan kepada Mohd Naim
bin Khairul Anuar dan Muhammad Shukren bin
Abd Rahman dari kelas SKS 2 kerana berani
menyahut cabaran menyertai pertandingan ini.
KURSUS RANGKAIAN IPv6 UNTUK
SEKTOR AWAM
Kemahir