Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 22

JABATAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PROGRAM KARNIVAL SEPANJANG HAYAT M Pembelajaran Sepanjang Hayat, Agenda Kolej Komuniti Interactive Booth – Kluster 2 Interactive Booth – Kluster 3 Pn Nur Syazalina binti Hanafi dan En Rosminey bin Ahmad telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia Interactive Booth bagi Kluster 2 iaitu di bawah Anjung Al-Jazari. Demonstrasi untuk menghasilkan model telah ditunjukkan dan dijelaskan kepada para pengunjung yang berminat. Para pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba menghasilkan sendiri model. Selain itu, terdapat empat orang pelajar yang turut membantu untuk menunjuk cara penghasilan model. Cik Nur Asma binti Darus dan Cik Nurdiyanah Fatin binti Ruslan telah ditugaskan di Interactive Booth bagi Kluster 3 iaitu di bawah Anjung Santapan. Demonstrasi untuk menghasilkan pelbagai jenis jus buah-buahan telah ditunjukkan dan dijelaskan kepada para pengunjung yang berkunjung ke gerai. Antara jus yang dihasilkan ialah jus tembikai, nanas, tembikai susu, epal hijau dan epal merah. Seramai empat orang pelajar turut membantu untuk memberi penerangan tentang kursus yang dijalankan di KKA serta mengagihkan sampel jus untuk dicuba oleh para pengunjung. Oleh: Nur Asma binti Darus Program Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L dianjurkan Komuniti merupakan oleh program bertujuan untuk yang Pengajian Jabatan Kolej menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. Di Peringkat Zon Utara, Karnival My3L ini telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula 14 hingga 15 September 2013, bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival ini termasuklah kursus pendek, demonstrasi kursus pendek, gerai jualan dan sukan. Kolej Komuniti Arau (KKA) juga tidak terkecuali untuk sama-sama menjayakan karnival ini. Secara keseluruhannya, Karnival My3L Zon Utara boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu interactive booth, gerai jualan, demonstrasi kursus pendek dan sukan serta aktiviti luar. Bagi interactive booth, KKA terlibat sebagai urusetia bagi Kluster 2 dan Kluster 3 di mana booth ini ditempatkan di dalam khemah yang tertutup. Terdapat pelbagai interactive booth yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung untuk mendapatkan maklumat 22 dan merasai pengalaman kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti.