JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNIT PENGAJIAN AM
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
DI IKBN KUALA PERLIS
Membentuk
Kemahiran
Insaniah
Oleh: Mohd Fuad bin Kassim
Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya
dilaksanakan di IKBN Kuala Perlis pada 30
Oktober 2013. Kursus yang berjalan selama 1
hari ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan dari kalangan warga IKBN
Kuala Perlis. Seramai 50 peserta lelaki dan 15
orang peserta wanita telah hadir ke kursus ini
yang berlangsung di Surau An-Nur IKBN Kuala
Perlis.
Turut menyertai kursus ini adalah Timbalan
Pengarah
Bahagian
Kemahiran,
Encik
Mohamed Shukri bin Abd Mookmin, ketuaketua
bahagian
serta
pegawai-pegawai
dari setiap bahagian. Peserta kursus telah
dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut
jantina. Penceramah yang hadir memberikan
taklimat dan praktikal pengurusan jenazah
ini adalah Ustaz Mohd Fuad bin Kassim dan
beberapa pengiring untuk membimbing peserta
wanita. Beliau telah menyampaikan teori dan
menunjukkan latihan amali untuk memandikan,
mengkafankan,
menyembahyangkan
dan
mengkebumikan jenazah.
Di samping itu, penceramah turut memberi
peluang
kepada
peserta
kursus
untuk
bertanyakan soalan. Keadaan telah menjadi
hangat seolah-olah kursus ini seperti dalam
rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Pelbagai
maklumat yang bermanfaat telah diperoleh
setiap
peserta.
Antara
objektif
program
ini adalah untuk menambahkan lagi ilmu
pengurusan jenazah di kalangan setiap peserta
serta menjadikan ilmu yang berguna ini untuk
kegunaan masa hadapan. Para peserta kursus
mengharapkan agar diadakan lebih banyak
lagi kursus-kursus seperti ini di masa hadapan.
20