JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNIT FESYEN DAN PAKAIAN
Edisi JULAI - DISEMBER 2013
Oleh: Roslinda binti Musa
Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (PKKK)
2013 Bidang Teknologi Fesyen telah diadakan
di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kolej
Komuniti Arau telah menghantar dua orang
wakil pelajar bagi menyertai pertandingan
tersebut di mana seorang dari mereka telah
berjaya mendapat tempat kelima keseluruhan
terbaik.
Objektif pertandingan ini adalah bagi memberi
peluang kepada pelajar Kolej Komuniti
melibatkan diri dalam pertandingan dan
mencungkil bakat yang ada pada pelajar,
melatih pelajar supaya berani menerima
cabaran,
memberi
pendedahan
situasi
sebenar pertandingan dan membina semangat
keyakinan diri bagi setiap pelajar.
Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti 2013
Bidang Teknologi Fesyen ini diadakan pada 27
dan 28 Oktober 2013 di Kolej Komuniti Kuala
Terengganu manakala Majlis Penutup dan
Penerimaah Hadiah diadakan di Kolej Komuniti
Kuala Langat, Selangor.
PKKK dapat mencungkil bakat dalam
kalangan pelajar dari bidan