Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 16

JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNITTEKNOLOGIELEKTRIK PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS DAN MELAWAN KEBAKARAN Input Menarik Mengenai Keselamatan Oleh: Zainordin bin Bakar & Wan Norhashimah binti Wan Husin Unit Teknologi Elektrik (UTE) dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melaksanakan Program Pertolongan Cemas dan Melawan Kebakaran kepada semua pelajar Semester 1 program Sijil Pemasangan Elektrik (SPE). Kursus ini turut disertai oleh semua pelajar Semester 1 program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS). Program ini telah diadakan dalam bentuk kursus oleh pihak JPAM sebagai Kursus Sehari untuk Orang Awam yang diadakan pada 24 September 2013 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk melengkapkan proses pengajaran dalam pembelajaran bagi arena pembelajaran Keselamatan dan Peraturan Elektrik bagi pelajar SPE sementara bagi pelajar SKS ianya termasuk dalam kursus Keselamatan Industri. Melalui program yang telah diadakan ini, ianya dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang kaedah pertolongan cemas dan melawan kebakaran yang betul. 16 Program ini diadakan dalam tiga sesi iaitu sesi pertama merangkumi kaedah memberi pertolongan cemas bagi luka dan pendarahan. Ianya dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dengan memberi penekanan kepada balutan pada tangan, kepala dan anggota badan. Dalam sesi kedua pula, pelajar didedahkan kepada kaedah pertolongan cemas bagi keretakan dan kepatahan. Di samping itu juga, pelajar ditunjukkan cara memberi bantuan pernafasan (CPR) yang betul di mana semua pelajar perlu melakukan CPR tersebut berpandukan kaedah yang terkini. Pada sesi ketiga iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang pula pelajar didedahkan dengan keadah melawan kebakaran kecil dengan menggunakan kain asbestos dan juga alat pemadam api (APA). Demonstrasi melawan kebakaran ini telah diadakan di perkarangan tempat meletak kenderaan Kolej Komuniti Arau. Terdapat sebilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam menggunakan peralatan melawan kebakaran dengan seliaan pegawai dari JPAM. Melalui program ini, semua pelajar dapat menimba pengalaman dan mempraktikkan diri dengan kaedah memberi pertolongan cemas dan melawan kebakaran. Di samping itu juga, ianya dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar apabila berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar yang memerlukan mereka melaksanakannya dengan betul dan selamat.