JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR UPK
KE KUALA TERENGGANU
Percambahan Idea dan Maklumat Melalui Lawatan
Oleh: Siti Aiesyah binti Mohd Daud
Program ini bertujuan memberi pendedahan
kepada pelajar Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan Semester 2 tentang
perkembangan industri makanan dalam
Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia khususnya di Terengganu. Tempattempat yang dilawati sangat relevan dan
berkait rapat dengan apa yang akan dipelajari
oleh pelajar sepanjang Semester 2 di KKA.
Seramai 34 orang pelajar Semester 2 turut
serta diiringi oleh empat orang pensyarah
yang merupakan pensyarah bagi kursus SPK
2084 Pemprosesan Hasilan Ikan dan Hasilan
Laut. Lawatan ini berlangsung selama empat
hari tiga malam bermula pada 25 hingga 28
Disember 2013.
Rombongan pelajar telah bertolak dari KKA
pada 25 Disember 2013 dan pulang pada
28 Disember 2013. Sepanjang lawatan,
para pelajar telah melawat ke MARDI Kuala
Terengganu bagi menghadiri kursus pembuatan
bebola ikan dan kek ikan. Kursus ini bertujuan
memberi pendedahan kepada penggunaan
mesin perindustrian dalam penghasilan bebola
dan kek ikan.
tradisional. Manakala lawatan ke Keropok
Lekor BTB 2209 pula mendedahkan pelajar
kepada pembuatan keropok lekor secara
komersial dan penggunaan mesin moden yang
tidak dapat dalam perusahaan tradisional.
Lawatan ke industri pemprosesan sos iaitu Teh
Langkap Enterprise dan Almi Nuriah Enterprise
juga mendedahkan pelajar tentang pembuatan
sos cili serta pelbagai sos yang lain.
Selain itu, pelajar juga melawat Perkampungan
Nelayan Seberang Takir bagi mengalami sendiri
suasana sebenar industri perikanan komersial
yang dijalankan oleh penduduk kampong,
di samping mendapat pendedahan tentang
pembuatan keropok dan belacan secara
SUMBANGAN KUIH RAYA SEMPENA LAWATAN
DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS KE
OPS PASIR SELATAN DI TAWAU SABAH
Sumbangan Dihulur Tanda Keprihatinan Warga Kolej Komuniti Arau
Oleh:
Puteri Nazlin Alamin binti Wan Zainal Alam
Setiap kali bulan Ramadhan, DYTM Tuanku Raja
Muda Perlis bersama ahli-ahli Jawatankuasa
Pendukung
Askar
Wataniah
(JAKPAW)
mengadakan kunjungan ke kawasan-kawasan
yang dikawal oleh pasukan keselamatan
negara khususnya pihak Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Seperti tahun-tahun sebelum
ini, DYTM sekali lagi berangkat mencemar duli
menyertai Ops Pasir Selatan di Tawau, Sabah
dari 25 hingga 29 Julai 2013.
Di samping bertindak sebagai penyumbang
kuih raya, Kolej Komuniti Arau telah dilantik
sebagai pembekal memandangkan urusan
persiapan kuih raya ini perlu diseragamkan
18
dari segi jenis kuih dan pembungkusan bagi
memudahkan urusan penghantaran. Seramai
sepuluh (10) orang pensyarah dari Unit
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
terlibat dalam penghasilan kuih raya tersebut.
Kesemua pelajar dari Unit UPK turut terlibat
dalam penghasilan kuih raya sebanyak 730
bekas yang ditempah oleh 20 agensi kerajaan
di Perlis. Produk kuih raya dihasilkan di Makmal
Bakeri, KKA. Sebanyak tiga (3) jenis kuih raya
dihasilkan iaitu biskut dam, almond London
dan cip coklat. Kesemua sumbangan tersebut
diserahkan kepada wakil dari Setiausaha
Kerajaan Perlis (SUK Perlis).