Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 27

Edisi JANUARI- JUN | 2013 UNITPENGURUSANKUALITI AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 Tingkatkan kefahaman sistem MS ISO 9001:2008 Oleh : Nur Elyani binti Mohammad Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) ke atas Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Kolej Komuniti Arau oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilaksanakan pada 29 hingga 30 April 2013. Pengauditan ini dilaksanakan bagi memperbaharui sijil sedia ada yang akan tamat pada 20 Mei 2013. Objektif utama pengauditan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan keakuran berterusan dan keberkesanan sistem pengurusan terhadap sebarang perubahan dalaman dan luaran serta relevannya perubahan tersebut terhadap skop pensijilan. Pasukan audit yang terdiri daripada dua orang Juruaudit telah melaksanakan pengauditan ke atas proses penyampaian perkhidmatan, pengukuran, penganalisaan dan penambahbaikan, tanggungjawab pengurusan, maklum balas pelanggan, pengurusan sumber dan perolehan. Ia dijalankan melalui semakan kepada dokumen dan rekod, pemerhatian terhadap proses dan aktiviti serta temubual bersama pegawai-pegawai yang terlibat. Hasil daripada pengauditan ini, sebanyak satu ketidakakuran dan dua peluang penambaikan yang telah ditemui. Walaubagaimanapun daripada bukti-bukti yang telah diperolehi sepanjang pengauditan berlangsung, dapatlah disimpulkan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti di Kolej Komuniti Arau adalah memenuhi keperluan Standard ISO 9001:2008. 27