UNITPENGURUSANASET
BENGKEL
SISTEM
PENGURUSAN
ASET (SPA)
Memahami tatacara sistem merekod aset
kerajaan.
Oleh :
Mohd. Imran bin Ahmad Kamal
Pada hari Isnin dan Selasa, 18 Mac 2013
dan 19 Mac 2013, Unit Pengurusan Aset
Kolej Komuniti Arau telah mengambil satu
inisiatif bagi memberi pendedahan kepada
staf KKA berkaitan Sistem Pengurusan Aset
(SPA). Sistem ini penting untuk memastikan
bilangan perolehan aset dan jumlah nilai aset
seimbang dengan perbelanjaan yang dipohon
dan diluluskan oleh pihak kementerian. Bagi
bengkel yang dijalankan ini, fokus utama adalah
untuk memasukan data aset ke dalam sistem
SPA secara berperingkat sebelum Januari
2015. Bengkel ini juga melibatkan pengesahan
aset yang terdiri daripada Ketua Jabatan
Kejuruteraan dan Kemahiran (KJKK), Penolong
Pegawai Aset dan Ketua-Ketua Unit. Data aset
yang telah disahkan akan menaikkan graf
pengesahan aset dalam sistem SPA. Secara
keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai
objektifnya dan data dalam sistem SPA juga
berjaya ditingkatkan.
B E N G K E L
PENGURUSAN
STOR
Menigkatkan pemahaman
sistem pengurusan stor
28
Oleh :
Mohd. Imran bin Ahmad Kamal
Selepas
berakhirnya
Bengkel
Sistem
Pengurusan Aset (SPA), satu Bengkel
Pengurusan Stor menyusul iaitu pada hari Rabu
dan Khamis bersamaan 20 dan 21 Mac 2013.
Bengkel ini penting bagi memberi maklumat
dan menyebarluas ilmu berkenaan Pengurusan
Stor kerajaan. Bengkel ini memfokuskan
kepada pengemaskinian Kad Kawalan Stok
(Kew.Ps-3) dan Kad Petak (Kew.Ps-4) mengikut
unit P&P dan Stor Utama. Objektif utama
adalah untuk mendapatkan ketepatan jumlah
stok dalam simpanan unit P&P dan Stor Utama
dan menaikkan kadar pusingan stok mengikut
suku tahun untuk Laporan Stok Tahunan (Kew.
Ps 13). Secara keseluruhannya, bengkel yang
dijalankan mencapai objektif yang disasarkan.
Edisi JANUARI- JUN | 2013