Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 26

Edisi JANUARI- JUN | 2013 UNITPSIKOLOGI (MSK) PELAJAR BAHARU SESI JULAI 2013 -Memupuk semangat persahabatan. Sesi Ice Breaking diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013. Slot ini telah diadakan pada 25 Jun 2013 bertempat di Dewan SK. Tambun Tulang. Slot Ice Breaking ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baru. Tujuan Ice Breaking diadakan adalah untuk memastikan pelajar mengenali antara satu sama lain dan merasa selesa berada di Kolej Komuniti Arau Perlis. Selain itu program ini juga dapat memupuk sikap saling hormat menghormati, saling membantu dan bekerjasama di kalangan pelajar. Sesi Ice Breaking disampaikan oleh Puan Raja Rabiaatum Adawiah Binti Raja Mamat iaitu Pegawai Psikologi, Kolej Komuniti Arau Perlis. Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan pelajar hadir pada masa yang ditetapkan. Slot ini telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya tumpuan dan kerjasama daripada pelajar-pelajar serta pensyarah yang terlibat. TAKLIMAT UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA -Pengetahuan dan Informasi Kerjaya Taklimat Unit Psikologi dan Kerjaya (UPsK) diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 pada 25 Jun 2013 bertempat di Dewan SK. Tambun Tulang. Taklimat Unit Psikologi dan Kerjaya ini telah dianjurkan oleh UPsK dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baru. 26 Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar dan pensyarah berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh UPsK. Antaranya ialah perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan dan pentadbiran inventori psikologi. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Raja Rabiaatum Adawiah binti Raja Mamat selaku Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Arau Perlis. Secara keseluruhannya taklimat berjalan dengan lancar. Program ini telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya tumpuan dan kerjasama daripada pelajar-pelajar serta pensyarah yang terlibat. CERAMAH KEROHANIAN -Memahami konsep kerohanian dan moral Ceramah Kerohanian diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 pada 26 Jun 2013 bertempat di Dewan SK. Tambun Tulang dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baru. Ceramah ini merupakan hasil kerjasama pihak kolej dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. Objektif ceramah ini diadakan adalah sebagai langkah pencegahan kemungkaran disamping dapat memupuk akhlak terpuji di kalangan pelajar Kolej Komuniti. Secara keseluruhannya ceramah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya kerjasama daripada pelajar-pelajar dan pensyarah yang terlibat serta kerjasama daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. CERAMAH PENCEGAHAN DADAH -Kerjasama AADK dan KKAP banteras dadah Ceramah Pencegahan Dadah diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 pada 27 Jun 2013 bertempat di Dewan SK. Tambun Tulang dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baru. Ceramah ini merupakan hasil kerjasama pihak kolej dengan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. Objektif ceramah ini diadakan adalah sebagai langkah pencegahan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar Kolej Komuniti, di samping dapat memberi maklumat dan bimbingan kepada pelajar berkenaan dengan bahaya dadah. Secara keseluruhannya ceramah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya kerjasama daripada pelajar-pelajar dan pensyarah yang terlibat serta kerjasama daripada pihak AADK Perlis. UJIAN PENGESANAN BERSAMA AADK PERLIS -Sifar dadah di KKAP... URIN DADAH Ujian Pengesanan Urin Dadah bersama AADK Perlis diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 pada 27 Jun 2013 bertempat di Dewan SK. Tambun Tulang. Ujian pengesanan urin ini melibatkan seramai 80 orang pelajar. Sampel pelajar dipilih secara rawak. Program ini merupakan hasil kerjasama daripada Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. Objektif Ujian Pengesanan Urin Dadah diadakan adalah untuk mengenal pasti jika ada penularan dan penyalahgunaan dadah di kalangan staf dan [Z