Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 22

Edisi JANUARI- JUN | 2013 UNITHEP HEP KKAP ANJURKAN PROGRAM EVENT TALK JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) PERINGKAT NEGERI KEDAH/ PERLIS TAHUN 2013 Tingkatkan keyakinan diri pelajar Oleh : Mohd Azli bin Takiyudin Program Event Talk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Peringkat Negeri Kedah/ Perlis Tahun 2013 adalah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Arau dan Langkawi Tourism Academy @ KK Langkawi pada 27 Februari 2013 sebagai salah satu aktiviti pengucapan awam melibatkan dua orang peserta dari setiap kolej komuniti negeri Kedah/ Perlis. Peserta adalah terdiri daripada Yang Di Pertua dan Timbalan Yang Di Pertua JPP kolej. Matlamat utama program Event Talk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diadakan di Dewan Afifi, Kolej Komuniti Arau ialah menjadi wadah dalam mengasah dan mengembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin m as a depan yang b e r ka l i b e r, berakhlak dan berkebolehan, memperkukuhkan semangat muhibah, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani,emosi, rohani dan intelek, memberi pendedahan yang jitu kepada ahli jawatankuasa tertinggi untuk meningkatkan daya keyakinan dan kepimpinan dalam diri dan meningkatkan kemahiran soft skill kepada pelajar dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi. Pogram adalah diadili oleh barisan juri profesional iaitu En. Abdul Wahab bin Ismail (Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka), Pn. Nur Sabihah binti Hj. Ahmad (Pensyarah Kanan IPG, Perlis) dan Pn. Jaizah binti Mahamud (Pensyarah Kanan IPG, Perlis) Bil Nama Jawatan Kolej Kedudukan 1 AHMAD AFIFI BIN KAMARUDDIN TYDP Cawangan Jerai Johan 2 NOR ADDINA BINTI JAMALUDIN TYDP Kulim N.Johan 3 MOHD ATIQURRAHMAN BIN ZAMRI YDP Sungai Peta