Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 23

Edisi JANUARI- JUN | 2013 UNITHEP KEJOHANAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN KOLEJ KOMUNITI KEDAH/PERLIS 2013 Gangsa milik KKAP Beregu Wanita (pelajar dan kakitangan): Nabil binti Yaacob (pensyarah) Ummi Kalsum binti Ainua Ideris (pelajar) Pencapaian : Tempat Ketiga Oleh : Ku Mahadi bin Ku Mahadzir Pada 20 April 2013 telah berlangsung Kejohanan Badminton Karnival Sukan Kolej Komuniti Kedah/Perlis 2013. Kejohanan badminton ini berlangsung di Dewan Badminton Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim, Kedah dengan gabungan peserta antara kakitangan kolej komuniti dan pelajar kolej. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Perseorangan Lelaki (pelajar), Perseorangan Wanita (pelajar), Beregu Lelaki (pelajar dan kakitangan ) dan Beregu Wanita (pelajar dan kakitangan). Pada kejohanan ini Kolej Komuniti Arau telah mendapat tempat ketiga bagi kedua- Beregu Lelaki (pelajar dan kakitangan): Ku Mahadi bin Ku Mahadzir (pensyarah) Amirzaqwan bin Abdul Razak (pelajar) Pencapaian : Tempat Ketiga dua acara beregu. Dengan pencapaian ini diharapkan peserta Kolej Komuniti Arau yang bertanding akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mendapat tempat yang lebih baik di masa akan datang seterusnya menaikkan lagi nama Kolej Komuniti Arau. Berikut adalah senarai Peserta, Pengurus dan Jurulatih yang mewakili Kolej Komuniti Arau pada Kejohanan Badminton Karnival Sukan Kolej Komuniti Kedah/Perlis 2013. Perseorangan Lelaki (pelajar): Mohd Hafiz bin Mohd Nor Perseorangan Wanita (pelajar): Norazmira binti Jaffry Pengurus Pasukan: Ku Mahadi bin Ku Mahadzir Ezatul Halimah binti Hashim Jurulatih: Muhammad Khairi bin Bahrul Ulum KEJOHANAN WOODBALL TERTUTUP KOLEJ KOMUNITI ARAU 2013 Sukan eratkan jalinan ukhuwah bersama Staff KKAP Oleh : Che Yusop bin Che Din Kejohanan woodball ini telah dilaksanakan pada 13 – 14 April 2013, bertempat di Dataran Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis. Tujuan klinik woodball diadakan bagi tujuan promosi kepada warga Kolej, masyarakat dan menaikkan martabat Kolej ke tahap yang lebih tinggi dalam arena sukan. Sukan berbentuk riadah ini secara langsung dapat memupuk peserta mengamal cara hidup yang sihat, cergas, berdisiplin dan berketerampilan. Seramai 76 orang sepuluh pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita) telah menyertainya. Penyertaan yang amat menggalakkan ini telah dianjurkan oleh Kelab woodball Kolej Komuniti Arau. 23