Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 21

Edisi JANUARI- JUN | 2013 J A B ATA N T E K N O L O G I K O M P U T E R | U N I T H E P LAWATAN PELAJAR KE PROGRAM iHACK UiTM SHAH ALAM Ilmu ditimba pengalaman berharga Oleh: Nabil binti Yaacob TRAINING OF TRAINERS (ToT) UNIT TEKNOLOGI KOMPUTER DI MAAHAD TAHFIZ AL-HIKMAH KKAP menyumbang bakti pada komuniti Pada 12 hingga 14 April 2013, satu lawatan ke program iHACK yang berlangsung di kampus UiTM Shah Alam telah dihadiri oleh pelajarpelajar Unit Teknologi Komputer sesi Januari iaitu seramai 30 orang pelajar. Oleh: Nabil binti Yaacob Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar berkenaan keselamatan dunia siber dan perkembangannya pada masa kini. Selain itu pelajar turut dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan ilmu keselamatan maklumat dan rangkaian. Antara pengisian program termasuklah pertandingan 12 Hours Hacking and Defense, Forensic Challenge dan Student Security Project. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh pelajar, seperti talkshow, ceramah, permainan sekuriti dan bengkel. Program lawatan seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat memberi pendedahan perkembangan teknologi keselamatan dalam bidang rangkaian kepada pensyarah dan khususnya pelajar Unit Teknologi Komputer. Bertarikh 14 dan 17 Jun 2013, Unit Teknologi Komputer (UTK) telah mengadakan kursus Training of Trainers (ToT) bertempat di Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding. Program ini adalah usahasama antara Unit Teknologi Komputer dan Unit Perkembangan dan Latihan Staf KKA. Seramai 11 orang pensyarah UTK telah terlibat dalam kursus ini. Program pada kali ini melibatkan pemasangan dan format set komputer untuk kegunaan di Bilik Komputer, Maahad Tahfiz Al-Hikmah. Sebanyak 30 unit komputer dipasang dan diformat semula mengikut keperluan penggunaannya. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang yang bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada pensyarahpensyarah bahkan memberi peluang untuk menggunakan komputer kepada pelajar di situ. CABARAN KEJOHANAN FUTSAL KEDAH / PERLIS 2013 Majulah Sukan Untuk Semua Oleh : Mohd Azli bin Takiyudin Pertandingan Futsal IPT Peringkat Kedah/Perlis 2013 adalah dianjurkan oleh Kolej Komunti Sungai Petani, Kedah pada 23 Mac 2013 yang lalu. Kolej Komuniti Arau telah menghantar satu (1) pasukan bagi mengharungi cabaran kejohanan ini. Senarai nama pemain adalah seperti berikut. Dua (2) orang pemain KKAP telah terpilih untuk mewakili pasukan Futsal Kolej Komuniti Kedah/ Perlis 2013 bagi Kejohanan Liga Futsal IPT. Pemain tersebut adalah Muhammad Syafiq Bin Mohd Sabri dan Abdul Muhaimin Bin Abdul Halim. Kolej Komuniti Arau telah berjaya memasuki pusingan Separuh Akhir dan meraih tempat ke-4 secara keseluruhan. Peringkat Kumpulan 1) KKAP (0) lwn KKSP (1) 2) KKAP (2) lwn KKLK (0) Separuh Akhir KKAP (0) lwn KKBD (2) Penentuan tempat Ke-3/4 KKAP (2) lwn KKKU (4) 21