UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
Edisi JANUARI- JUN | 2013
LAWATAN PENSYARAH
KE PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN
BIOPROSES, UniMAP
Jalinan dan kolaborasi inovasi bersama UniMAP
Oleh: Kasmawati binti Abu Kasim
Pusat
Pengajian
Kejuruteraan
Bioproses
telah menghasilkan inovasi tepung daripada
produk sampingan seperti penghasilan tepung
daripada kulit pisang, tepung daripada buah
sukun, tepung daripada kulit buah jambu,
tepung daripada kulit kacang poi dan tepung
daripada kulit cempedak. Pensyarah Unit
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
(UPK)
ke
Pusat
Pengajian
Kejuruteraan
Bioproses, UniMAP pada 24 Jun 2013. Produk
terbaru yang telah dihasilkan oleh pusat ini
adalah biskut daripada tepung kulit mangga
sala yang dikomersialkan sebagai HiBis. Melalui
lawatan ini, pensyarah UPK telah didedahkan
dengan kaedah penghasilan dan kajian yang
telah dilaksanakan oleh pensyarah daripada
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses ke
atas penghasilan tepung daripada produk
sampingan ini. Hasil daripada lawatan ini
juga, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan
Bioproses telah berminat untuk menyambung
dan meneruskan kolaborasi seperti tahun 2012.
Perkongsian pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan daripada pensyarah UniMAP ini
menjadi pendorong dan pemangkin kepada
pensyarah UPK untuk menghasilkan inovasi
dalam bidang pemprosesan produk makanan.
20