UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
Edisi JANUARI- JUN | 2013
LAWATAN PELAJAR SPK3
KE KILANG BELACAN MADU
Percambahan idea melalui lawatan industri
Oleh: Wan Muhamad Fitri bin Wan Zahari
Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan,
Kolej Komuniti Arau telah mengadakan lawatan
ke kilang memproses belacan pada 31 Mei
2013. Seramai 25 orang pelajar serta tiga orang
pensyarah pengiring telah menyertai lawatan
ini. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan
para pelajar kepada industri pemprosesan
belacan sebagaimana yang dipelajari dalam
kursus SPK3074 Pemprosesan Hasil Ikan
dan Hasilan Laut. Objektif lawatan tersebut
ialah memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai industri pemprosesan belacan,
mengenalpasti kriteria dalam mengawal mutu
produk dan masalah dalam pemprosesan
belacan, mengenalpasti kaedah penyimpanan
dan pembungkusan belacan yang sesuai dan
dapat menimba pengalaman sebenar daripada
pengusaha belacan.
Lawatan tersebut diiringi oleh tiga orang
pensyarah iaitu Pn. Mawar Qadijah binti Ishak,
Cik Nurdiyanah Fatin binti Ruslan dan Cik Nur
Asma binti Darus ke Perusahaan Belacan
Madu Enterprise, Sungai Berembang, Kuala
Perlis. Lawatan ini memberi peluang kepada
pelajar dan juga pensyarah untuk melihat
sendiri bagaimana sebuah perusahaan
belacan diuruskan. Selain itu, para pelajar juga
ditunjukkan cara pemprosesan belacan dari mula
sehinggalah kepada proses pembungkusan
serta penyimpanan belacan. Lawatan ini sangat
memberi faedah kepada para pelajar kerana
telah mendapat pendedahan kepada suatu
cabang industri pemprosesan makanan.
Hasil daripada lawatan ini sangat memberi
manfaat kepada para pelajar dan juga pensyarah
di mana mereka telah dapat merasai suasana
sebenar dalam satu industri pemprosesan
makanan. Ini telah memberi gambaran awal
kepada mereka mengenai suasana pekerjaan
yang akan mereka tempuhi kelak. Diharapkan
lawatan seumpama ini dapat diperbanyakkan
lagi ke industri pemprosesan makanan yang
lain pula.
Oleh: Kasmawati binti Abu Kasim
TRAINING OF TRAINER (ToT)
Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan dengan kerjasama Unit Pengurusan
Perkembangan dan Latihan Staf Kolej Komuniti
Arau telah menjalankan kursus peningkatan
kemahiran iaitu kursus ToT Hasilan Produk
Makanan Laut kepada semua pensyarah Unit
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Kursus ini diadakan pada
4 hingga 5 Jun 2012 iaitu menitikberatkan
kemahiran penggunaan peralatan dengan betul
dan kaedah menghasilkan produk mengikut
spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan mengikut
pasaran semasa.
Tingkatkan kemahiran pensyarah
KKAP…
Peserta dapat mengetahui dan mengaplikasikan
teknik dan cara pengendalian peralatan
pemprosesan yang betul bagi menghasilkan
produk makanan, langkah-langkah keselamatan
semasa pengendalian peralatan pemprosesan
dan tatacara penjagaan dan penyelenggaraan
peralatan pemprosesan mengikut kaedah yang
betul dan formulasi penghasilan produk bagi
menghasilkan produk mengikut spesifikasi
yang ditetapkan dan boleh dipasarkan.
Walaupun terdapat kekurangan dan kekangan
semasa mengikuti kursus, namun kursus ini
telah berjaya dilaksanakan sebaik mungkin.
Semoga kerjasama yang baik daripada semua
ahli jawatankuasa, para peserta dan pihak
pengurusan Kolej Komuniti Arau akan terus
berkekalan untuk program-program yang akan
datang.
HASILAN
PRODUK
MAKANAN
LAUT
19