Edisi JANUARI- JUN | 2013
UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
BUFFALO
PARK
L A N G K A W I
Buka Minda Pelajar
Oleh: Saiful Azley bin Samsudin
Tanggal 28 Mei 2013 menjadi kenangan yang
terindah bagi 15 orang pelajar SKK(M) dan
dua orang pensyarah pengiring iaitu En. Saiful
Azley bin Samsudin dan Cik Syaliza binti Azmi
yang telah menyertai lawatan sambil belajar
ke Buffalo Park di Pulau Langkawi. Buffalo
Park menghasilkan makanan dan minuman
berasaskan tenusu. Susu yang diperoleh untuk
menghasilkan keju, susu, dadih dan yogurt
datang dari baka kerbau sapi yang diimport
dari India, dipelihara dan dijaga dengan rapi
oleh pihak pengurusan Buffalo Park. Perbezaan
kerbau sapi dengan kerbau sawah adalah dari
segi tanduknya. Jangka hayat kerbau sapi ini
adalah sehingga 20 tahun.
Setiap hari kerbau-kerbau sapi ini mengeluarkan
30 liter susu segar secara keseluruhannya.
Untuk menghasilkan susu sebanyak ini, kerbau
sapi yang dipelihara perlu diberi makanan
sebanyak sepuluh peratus daripada berat
badan kerbau. Pada waktu pagi, kerbau ini
diberikan rumput dan pada waktu petang
diberikan dedak berasaskan soya sebagai
makanan. Proses pemerahan susu kerbau
dapat dilihat sendiri pada waktu awal pagi dan
lewat petang serta berpeluang memberi rumput
kepada kerbau yang dipelihara. Pengurus
operasi iaitu En. Ismail juga menerangkan
kaedah-kaedah penghasilan susu segar, keju,
yogurt dan dadih kepada pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Arau Perlis.
Bahan buangan sisa pepejal disalurkan
ke dalam kolam takungan melalui sistem
perparitan yang disediakan di hujung kandang
kerbau. Sisa pepejal ini dikumpulkan dan
dikeringkan untuk menghasilkan baja kompos.
Setiap beg baja kompos 10kg dijual pada harga
RM5.00. Air dari gunung yang berdekatan
digunakan untuk mencuci kandang kerbau.
Ini menjimatkan kos operasi. Setelah selesai
lawatan, pihak pengurusan Buffalo Park
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi
datang. Segala pengalaman yang diperoleh
sangat bermanfaat kepada semua peserta
rombongan dan diharapkan agar lawatan
sambil belajar ini dapat memudahkan para
pelajar memahami lagi kursus Hasilan Produk
Ternakan terutamanya hasilan berasaskan
susu.
18