Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 17

UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN Edisi JANUARI- JUN | 2013 KKAP BOLOT PERTANDINGAN HIASAN KEK SEMPENA PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN MARA PERLIS Kreatif dan menarik... Oleh: Nur Asma binti Darus Program Karnival Pendidikan dan Keusahawanan MARA Perlis 2013 telah diadakan bermula pada 24 hingga 26 April 2013 di Perkarangan Kompleks MARA, Kangar, Perlis. Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan telah menghantar seramai sepuluh orang peserta untuk menyertai Pertandingan Hiasan Kek yang turut dianjurkan bersempena dengan karnival tersebut. Pelajar-pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan yang terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut telah dibimbing dan diselia oleh Cik Irna Jannah binti Mohamad dan Cik Nur Asma binti Darus. Latihan dan persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut telah dijalankan di Makmal Bakeri, Kolej Komuniti Arau sebelum hari pertandingan. Pertandingan Hiasan Kek yang diadakan pada 24 April 2013 ini berlangsung selama satu jam bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Selain peserta dari Kolej Komuniti Arau, terdapat juga penyertaan daripada individu perseorangan seramai lima orang menjadikan jumlah penyertaan keseluruhan seramai 20 orang. dan Keusahawanan MARA tersebut seperti Pertandingan Menganyam Ketupat, Cabaran Woodball dan Cabaran ‘Mengukor Nyok’ . Secara keseluruhannya, Pertandingan Hiasan Kek ini berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir ke karnival tersebut. Pertandingan hiasan kek seperti ini sangat menarik untuk disertai oleh para pelajar kerana dapat mengasah bakat mereka selain dapat meningkatkan tahap keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Semoga aktiviti seperti ini dapat disertai lagi oleh para pelajar pada masa akan datang. Pelajar dari Kolej Komuniti Arau telah berjaya membolot tempat pertama, kedua dan ketiga. Juara pertandingan tersebut ialah Safari bin Sabile, tempat kedua dimenangi oleh Nur Shuhada binti Mohd Ali Merican manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Affera Ezwa binti Mohd Nasir. Hadiah pertandingan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah MARA Negeri Perlis. Selain daripada Pertandingan Hiasan Kek, pelbagai aktiviti lain turut diadakan selama tiga hari bersempena Karnival Pendidikan 17