Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 11

Edisi JANUARI- JUN | 2013 UNITTEKNOLOGIELEKTRIK BENGKEL MEMPERKASA KEMAHIRAN DI KALANGAN STAF KKAP Membentuk pensyarah dan staf berkemahiran tinggi Oleh: Badrolhisam bin Jaafar Unit Teknologi Elektrik (UTE) dengan kerjasama Unit Pengurusan Perkembangan dan Latihan Staf Kolej Komuniti Arau telah menjalankan kursus peningkatan kemahiran kepada pensyarah UTE dan juruteknik iaitu Kursus Training of Trainers (ToT) Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal yang dijalankan pada 12 dan 13 Jun 2013 di Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding, Perlis. Kursus ToT ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan pensyarah dan juruteknik kepada asas pendawaian sebenar di lokasi mengikut langkah dan teknik yang betul. Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang prosedur dan langkahlangkah keselamatan yang ditetapkan semasa kerja pendawaian, pengujian dan mengesan kerosakan dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kursus peningkatan kemahiran ini merangkumi semua kerja-kerja pendawaian sebenar di bangunan Maahad Tahfiz Al-Hikmah. Kursus ini dijalankan selama dua hari di mana pada hari pertama kerja-kerja perancangan, penyediaan, pemasangan kerangka dan pendawaian litar dijalankan. Pada hari kedua pula kerja-kerja pendawaian dan pengujian litar dijalankan. Proses terakhir kursus ini adalah mengenalpasti kerosakan awal yang telah berlaku dan sebagai salah satu prosedur keselamatan. Antara kandungan kursus ini adalah seperti berikut: - 1. Akta dan Peraturan Elektrik 2. Pertolongan cemas 3. Jenis, kegunaan dan pemilihan kabel 4. Alat mengukur elektrik 5. Perkakas suis dan papan agihan fasa tunggal 6. Perlindungan litar dan penggunaannya 7. Sistem pendawaian fasa tunggal 8. Rekabentuk pemasangan elektrik fasa tunggal 9. Pengujian dan mengesan kerosakan litar Dengan adanya kursus ini, semua pensyarah dapat menimba pengalaman dan mempraktikkan diri dengan kerja-kerja berkaitan pendawaian sebenar di lokasi. Melalui kursus ini juga peserta dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan melahirkan pegawai yang terlatih. Selain itu, melalui kursus ini, semangat dan motivasi diri dapat ditingkatkan serta menjalin kerjasama antara pegawai selaku wakil kolej dan pihak luar. 11