UNITTEKNOLOGIELEKTRIK
P K M SENGIT
MENCUNGKIL
KOMPETENSI
P E L A J A R
Tingkatkan kemahiran
diri pelajar
Oleh: Mohd Asri bin Hashim dan Lukman
Hakimi bin Ab Wahab
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)
adalah satu pertandingan kemahiran yang
diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih
dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir
yang mempunyai kemahiran yang unggul.
Pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan
ini dianjurkan secara bersama oleh Kementerian
Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kerja
Raya (KKR). Para peserta pertandingan ini
akan melalui dua peringkat iaitu peringkat prakelayakan dan peringkat akhir.
Sebagai sebuah institusi kemahiran, Kolej
Komuniti Arau (KKA) telah menghantar seorang
peserta iaitu Mohammad Faiz bin Abdul Hamid
dalam bidang Electrical Installation untuk
menyahut cabaran bersaing dalam PKM kali ini.
Saudara Mohammad Faiz dipilih berdasarkan
kompetensi beliau dalam pendawaian dan
pemasangan elektrik selain komitmen serta
sikap yang ditunjukkan iaitu sentiasa melakukan
yang terbaik apabila diberi sebarang tugasan
atau projek. Beliau diurus dan dilatih oleh En.
Mohd Asri bin Hashim dan En. Lukman Hakimi
bin Ab Wahab.
10
Sebelum hari pertandingan tiba, persediaan
rapi dari segi latihan sememangnya telah giat
dilaksanakan dengan strategi dan taktikal
selain persediaan mental dan fizikal yang
sangat diperlukan. Tempoh dua bulan latihan
digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan
diri menjelang hari pertandingan. Tanggal 24
Mei adalah hari yang bersejarah bagi 20 orang
peserta di mana rata-ratanya terdiri daripada
pelajar Kolej Komuniti, Politeknik dan Akademi
Binaan Malaysia. Pertandingan diadakan di
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas,
Pulau Pinang bermula jam 8.30 pagi iaitu lebih
awal dari hari biasa memandangkan ianya
jatuh pada hari Jumaat. Segala strategi dalam
latihan telah dipraktikkan sebaik mungkin
untuk menyiapkan projek dalam tempoh enam
jam. Kebanyakan peserta hampir berjaya
menyiapkan projek dalam tempoh yang
ditetapkan. Pertandingan berakhir \]