Warta KKAP Julai 2013 Jan. 2013 | Page 12

Edisi JANUARI- JUN | 2013 U N I T F E S Y E N D A N J A H I TA N K R E AT I F LAWATAN OLEH PANEL PENILAI LUAR PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN BAGI UNIT FESYEN DAN PAKAIAN Kunjungan penuh makna bagi penilaian MQA… Oleh: Iza Rida binti Ismail Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat semakan Program Sijil Modular Kebangsaan Fesyen dan Pakaian untuk penganugerahan Akreditasi Penuh MQA oleh panel luar pada 18 Februari 2013. Penilaian program oleh panel luar iaitu Encik Zainudin bin Md Nor ini adalah bagi memenuhi kriteria keperluan penilaian oleh MQA. Unit Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Arau telah menjalankan Program Sijil Modular Kebangsaan bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Terdapat lima pakej SMK yang ditawarkan iaitu Pakaian Tradisional Wanita (PTW), Pakaian Kontemporari Wanita (PKW), Pakaian Lelaki (PL), Hiasan Pakaian (HP), dan Busana 1Malaysia (B1M). Pakej-pakej yang ditawarkan mengambil masa dari tiga bulan hingga enam bulan pengajian. Bagi memperkukuh program yang dijalankan, Unit Fesyen dan Pakaian (UFP) telah mengambil inisiatif untuk menjemput panel luar bagi membuat semakan terhadap dokumentasi P&P, struktur program yang ditawarkan, silibus, serta kaedah pelaksanaan program yang telah dijalankan. Ini bertujuan untuk mendapatkan Akreditasi Penuh MQA supaya pelajar yang mengikuti program ini diiktiraf kemahirannya dan sijil yang diperoleh dapat digunakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 12 Objektif lawatan ini adalah bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Arau, membantu dalam membuat penambahbaikan terhadap dokumentasi P&P dan mencambah pengetahuan dalam pelaksanaan MQA di kalangan pensyarah UFP.