Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 8

BAB 4 – PINTU MASUK DAN KELUAR
☆☆☆
Jemaah ada 2 pilihan samada memilih penerbangan terus ke Madinah atau turun di Jeddah . Kebiasaanya penerbangan terus ke Madinah harganya lebih mahal berbanding turun di Jeddah . Namun pada waktu tertentu terdapat juga promosi daripada pihak airlines bagi penerbangan terus ke Madinah .
Untuk Umrah DIY kami mengesyorkan agar jemaah memasuki Madinah terlebih dahulu selepas mendarat di Jeddah supaya perjalanan lebih selesa terutamanya jika membawa anak-anak yang masih kecil atau orang tua yang uzur . Sekiranya jemaah memilih untuk memasuki ke Mekkah dahulu , jemaah perlu memakai ihram sebelum berlepas dari Malaysia .
Pilihan cara masuk dan keluar dari Arab Saudi untuk visa umrah :

Nota Umrah DIY

1 . Kuala Lumpur ( KUL ) – Jeddah ( JED ) – Kuala Lumpur ( KUL ) 2 . Kuala Lumpur ( KUL )– Jeddah ( JED ), Madinah ( MED ) – Kuala Lumpur ( KUL ) 3 . Kuala Lumpur ( KUL ) - Madinah ( MED )– Kuala Lumpur ( KUL ) 4 . Kuala Lumour ( KUL )– Madinah ( MED ), Jeddah ( JED ) – Kuala Lumpur ( KUL )
Airport Code : Ialah kod IATA , singkatan nama airport seluruh dunia Kuala Lumpur : KUL
Jeddah
:
JED
Madinah
:
MED
Kota Bharu
:
KBR
Alor Setar
:
AOR

ibnu arabi www . umrahdiy . com . my

Airport Jeddah Terdapat 3 terminal di Airport Jeddah iaitu : 1 . Terminal Utara : Dikenali juga sebagai terminal antarabangsa bagi semua international airlines 2 . Terminal Selatan : Khusus untuk Saudi Airlines bagi penerbangan antarabangsa dan domestik 3 . Terminal Haji : Khusus untuk musim haji . Kebiasaanya jemaah umrah juga diturunkan disini
TIPS : Penerbangan terus ke Madinah dan pulang dari Airport Jeddah ( vice versa ) dapat menjimatkan kos transfer kerana hanya 2x transfer berbanding tiba dan balik dari Airport Jeddah iaitu 3x transfer .
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 4