Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 9

BAB 5- TEMPAHAN HOTEL
☆☆☆
Harga hotel bergantung kepada jarak dan taraf bintang. Semakin dekat dan tinggi taraf bintangnya harga akan lebih mahal, begitu juga sebaliknya. Hotel boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya:
1. Website hotel 2. Website third party, antaranya:
a. www. booking. com b. www. agoda. com c. www. expedia. com. my
Terdapat 3 pilihan bayaran tempahan melalui website third party: a. Pay Now

Nota Umrah DIY b. Pay Later( Free Cancellation) ibnu arabi c. Pay Directly To Property( bayar semasa check in) www. umrahdiy. com. my Jemaah disyorkan untuk menempah hotel yang ada pilihan“ Free Cancellation & Pay Later”. Pilihan ini dapat memberi ruang kepada jemaah sekiranya ingin membatalkan tempahan kemudian hari jika ada sebarang masalah atau mendapat tawaran hotel yang lebih menarik. Semak juga dateline bayaran. Jemaah diingatkan tidak berulang kali buy and cancel kerana dibimbangi akaun jemaah di agoda. com( contoh) akan disenarai hitam dan semua tempahan sebelum ini akan dibatalkan.

Hotel paling hampir dengan masjid
Makkah: Hotel yang berada dalam Menara Jam Pullman Zam Zam, Raffles Makkah Palace, Al Marwah Reyhaan Rotana, Royal Clock Tower Fairmont, Movenpick Hotel, Retaj Al Bayt, Swissotel, Safwah Royal Orchid
Madinah: Hotel yang paling hampir dengan gate 25, pintu wanita Hotel Dar Al Taqwa, Hotel Al Jemaahlus Suites, Al Ansar Golden Hotel, Al Fayroz Shatta Hotel, Dallah Taibah Hotel TIPS: Kadangkala tempahan hotel melalui website third party menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik
NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 5