BAB 3 - TIKET PENERBANGAN
☆☆☆
Tiket penerbangan biasanya ditempah 7 – 8 bulan lebih awal dari tarikh cadangan . Harga panduan untuk membeli tiket penerbangan adalah antara harga RM2000 – RM2500 ( harga siling ). Sekiranya jemaah mendapati ada tawaran harga kurang dari RM 1800 jangan lepaskan peluang untuk terus beli dengan syarat buat semakan status visa umrah dahulu samada boleh didapati atau tidak pada tarikh itu .
Tiket penerbangan boleh ditempah dengan pelbagai cara , antaranya :
1 . Website airlines , seperti : www . airasia . com www . malaysiaairlines . com www . saudiairlines . com
Nota Umrah DIY
2 . Website third party , seperti : www . skyscanner . com www . traveloka . com www . wego . com www . kayak . com ibnu arabi www . umrahdiy . com . my
Tips : Untuk mendapat tiket murah , jemaah harus kreatif dan rajin mencari dengan pelbagai cara . Tiada ketetapan cara A dijamin murah cara B dijamin mahal . Sehingga waktu membuat bayaran sekalipun harus bijak memilih kaedah bayaran yang lebih jimat . Sebagai contoh ialah Air Asia . Kadangkala tempahan tiket menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party atau website airline itu sendiri . Sentiasa kreatif mencari yang terbaik
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 3