Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 6

BAB 2 - PENETAPAN KOS DAN PEMILIHAN TARIKH
☆☆☆
Secara purata kos Umrah DIY adalah sekitar RM 3000 hingga RM 3500 seorang . Pertama sekali jemaah harus menetapkan kos siling untuk Umrah DIY mereka sendiri . Jadi setiap tempahan yang ingin dibuat haruslah tidak melebihi dari kos siling yang ditetapkan . Sekiranya bajet terhad , jemaah disyorkan pergi pada low season kerana peak season kebiasaannya kos lebih besar diperlukan .
Umrah DIY sinonim dengan penjimatan . Lagi sekali , bagi pemilihan tarikh jemaah dinasihatkan elak memilih tarikh pada waktu peak season kerana kebiasaanya akan berlaku kesesakan jemaah yang ramai . Kadar visa , hotel dan tiket penerbangan lebih mahal dari waktu low season .
Paling penting , pastikan tarikh yang dipilih itu visa Umrah dapat dikeluarkan kerana visa Umrah bukanlah boleh didapati sepanjang masa . Pada musim haji , visa Umrah tidak dikeluarkan sehingga dibuka semula kebiasaanya pada 1 Safar tahun hijrah berikutnya . Jadi jangan mudah tertarik dengan tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan . Sentiasa semak status visa umrah untuk tarikh itu .
Contoh Peak Season : - Cuti sekolah di Saudi ( hujung Januari / awal Februari ) - Bulan Ramadhan

Nota Umrah DIY ibnu arabi www . umrahdiy . com . my

- Musim sejuk ( Disember ) - Cuti sekolah Malaysia ( pertengahan Mac / hujung Mei / awal Jun )
* diatas adalah contoh secara umum dan boleh berubah-ubah . Jemaah dinasihatkan membuat semakan lebih lanjut sebagai contoh tarikh cuti sekolah secara lebih spesifik
TIPS : Kebiasaanya visa umrah dibuka semula pada 1 safar , tapi bukan suatu kemestian . Sebagai langkah berjaga-jaga , elak membeli tiket awal bulan safar . Disyorkan penghujung safar kerana kebiasaanya sistem permohonan visa sedang ‘ warming up , dikhuatiri berlaku sebarang masalah .
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 2