the report 00 | Page 44

memperoleh modal ekuiti tambahan menerusi penerbitan saham atau bon. Penyata kewangan yang melaporkan hasil kendalian yang bertambah baikjuga boleh digunakan oleh pegawai syarikat sebagai asas untuk membuat tuntutan ganjaran.
Oleh sebab kemungkinan berlakunya keadaan seperti yang disebutkan di atas memang wujud, maka timbul keperluan di kalangan pemegang saham atau ahli-ahli agar berpuas hati dengan penyata kewangan yang disediakan oleh pihak pengarah itu agar menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan dan pendapatan orga ¬ nisasi tersebut.
Untuk memberikan kepastian yang diperlukan oleh pihak ketiga bahawa maklumat yang mereka gunakan untuk membuat keputusan itu boleh dipercayai, juruaudit bebas diperlukan untuk memperkukuhkan keyakinan pihak ketiga terhadap kebolehpercayaan maklumat tersebut. Juruaudit bebas menjalankan pemeriksaan tersebut bagi pihak pemegang saham atau ahli kerana memang tidak mungkin setiap pemegang saham akan menjalankan pemeriksaan secara berasingan terhadap rekod dan buku organisasi itu. Selepas pemeriksaan, pendapat juruaudit tentang penyata kewangan akan dinyatakan dengan jelas di dalam laporan mereka kepada pemegang saham atau ahli. Laporan ini menyatakan sama ada maklumat kewangan yang dilaporkan itu benar dan saksama atau sebaliknya.
44