the report 00 | Page 45

Pengakuan juruaudit ini amat penting kepada para pelabur dan juga kepada ekonomi sesebuah masyarakat secara keseluruhannya. Kesan daripada pengakuan tersebut ialah kepastian bahawa modal disalurkan untuk tujuan penggunaan yang paling produktif, yang memberikan manfaat yang maksimum kepada pelabur dan juga masyarakat amnya. Pelabur yang sentiasa berusaha untuk memperoleh pulangan yang maksimum daripada modalnya yang terbatas, akan menghasilkan peruntukan punca modal secara optimum dengan pulangan yang maksimum. Jadi peruntukan punca pengeluaran yang dibuat dengan berasaskan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang tidak benar dan mengelirukan, merupakan suatu kerugian kepada pelabur dan masyarakat umumnya. Secara umumnya, boleh dirumuskan bahawa pendapat juruaudit tentang penyata kewangan dapat memperkukuhkan kebolehpercayaan pengguna terhadap penyata kewangan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang pengguna itu tidak seharusnya mengandaikan bahawa pendapat juruaudit itu sebagai suatu jaminan tentang kejayaan masa hadapan perniagaan ataupun sebagai jaminan terhadap kecekapan atau keberkesanan pihak pengurusan mengendalikan entiti berkenaan.
4.6.6 Objektif pengauditan adalah seperti berikut:
A. Memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan entiti yang berkenaan pada hujung tahun kewangan serta keuntungan dan kerugian untuk tahun kewangan tersebut atau tidak.
45