pengesahan pembayaran perakaunan, audit, percukaian, surat perlantikan, surat permohonan, surat pemberitahuan dan sebagainya.
4.6.5 Peranan juruaudit untuk mencapai tujuan laporan kewangan. Amalan pengauditan mula muncul apabila manusia mulai berniaga. Aktiviti perniagaan yang semakin berkembang pesat menyebabkan audit semakin diperlukan dan memaksanya untuk tumbuh menjadi lebih kompleks serta tersusun. Selain sistem pengurusan yang baik, aspek utama yang boleh membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi perniagaan ialah sistem penyimpanan rekod yang baik. Sistem penyimpanan rekod disediakan untuk semua urus niaga yang terlibat dengari aktiviti perniagaan, sama ada kewangan atau bukan kewangan, dan juga menjadi sistem komunikasi maklumat organisasi tersebut. Organisasi perniagaan yang dimaksudkan di sini termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, persatuan atau syarikat kerjasama. Rekod kewangan sesebuah organisasi yang mengandungi maklumat seperti hasil kendalian dan kewangan masa lalu, yang tidak memberikan gambaran sewajarnya, akan menimbulkan keraguan yang disyaki berpunca daripada terdapatnya unsur kepentingan diri ataupun ketidakjujuran. Suatu kemungkinan yang boleh berlaku ialah pihak pengurus sengaja mengubah angka-angka dalam penyata kewangan dengan tujuan supaya penyata tersebut memperlihatkan kedudukan kewangan dan hasil kendalian yang lebih menarik dan memudahkan pihak pengurus mendapatkan pinjaman dari bank ataupun untuk
43