D. Para pekerja E. Pihak kerajaan F. Para pengguna lain
4.6.4 Antara fail yang digunakan didalam pengauditan adalah seperti berikut:
A. Fail audit semasa Current Audit File( CAF). Fail ini digunakan untuk menyimpan segala kertas kerja audit yang dibuat. Fail ini akan digunakan sekiranya semakan ingin dibuat pada masa akan datang. Segala langkah pengiraan boleh disemak di dalam fail ini.
B. Fail Audit Tetap ialah singkatan bagi perkataan Permanent Audited File yang merupakan fail yang mengandungi kesemua dokumen yang berkaitan dengan maklumat sesebuah syarikat. Fail ini merupakan sesuatu yang rahsia bagi sesebuah syarikat. Segala maklumat mengenai syarikat dan operasi syarikat diperolehi daripada fail ini sebagai rujukan dalam proses pengauditan dan percukaian. Fail ini juga penting sebelum sesebuah syarikat membuat pendaftaran fail percukaian kerana maklumat sulit seperti nama pengarah dan jumlah syer diperlukan sebelum didaftarkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.
C. Selain itu, fail yang digunakan untuk pengauditan adalah fail corespondence. Fail ini berfungsi untuk menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan surat – menyurat atau teks. Ianya berwarna merah jambu. Fail ini menyimpan surat-menyurat seperti salinan surat
42