the report 00 | Page 41

4.6.2 Antara kepentingan maklumat aktiviti-aktiviti perakaunan bagi pihak kerajaan adalah:
A. Sebahagian besar sumber pendapatan kerajaan diperoleh daripada cukai pendapatan yang dikutip daripada syarikat. Keupayaan kerajaan membelanjakan wang negara untuk tujuan pembangunan bergantung pada kewujudan sumber kewangan. Laporan kewangan tahunan dapat menunjukkan jumlah pendapatan yang boleh dicukai.
B. Kerajaan memerlukan maklumat seperti ini untuk mengetahui setakat mana hasil daripada aktiviti perniagaan telah membantu menambahkan lagi hasil keluaran negara kasar. Oleh itu, kerajaan perlu mengawal dan menguasai pertumbuhan perniagaan dan perdagangan di dalam negara untuk menentukan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang.
C. Dasar negara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi bergantung pada ukuran kuantitatif aktiviti-aktiviti perniagaan seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan.
4.6.3 Secara ringkasnya, penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata aliran tunai serta nota kepada akaun, bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang hasil kendalian syarikat untuk tempoh perakaunan dan kedudukan kewangan pada tarikh akhir tempoh tersebut. Maklumat kewangan itu diperlukan oleh pengguna yang berikut: A. Pengurus syarikat B. Para pelabur C. Pemiutang
41