the report 00 | Page 32

ii.
Nama anda akan dimasukkan di dalam senarai pesalah cek tak laku dan senarai tersebut akan diedarkan kepada bankbank lain di seluruh Negara. iii.
Apabila bank-bank tersebut menerima senarai yang diedarkan oleh Biro Kredit, semua akaun semasa anda dengan bank-bank berkenaan akan ditutup dalam masa satu bulan. Penutupan ini dikenali sebagai Penutupan Seluruh Negara. iv.
Anda adalah dikehendaki memulangkan semua cek yang belum terpakai kepada bank anda.
4.3 KERTAS KERJA AUDIT( AUDIT WORKING PAPER) 4.3.1 PENGENALAN
Kertas kerja audit( AWP) diadakan bertujuan untuk menjalankan kerjakerja mengira akaun berdasarkan dokumen yang telah ditaip masuk ke dalam sistem. Kerja pengiraan yang dilakukan dikenali sebagai Adjustment.
4.3.2 LANGKAH-LANGKAH SEBELUM PENYEDIAAN AWP
Langkah penyediaan AWP: A. Tarik kewangan pada lejar am perlu disemak. B. Pastikan dokumen transaksi yang diberi untuk dicatat dalam lejar am juga diberi.
C. Kertas kerja yang dibuat dalam sistem komputer adalah dalam format“ Excel” yang mana akan memudahkan langkah pengiraan. Salinan kertas kerja sangat diperlukan bagi memudahkan serta memudahkan kerja pengiraan dalam menyediakan kertas kerja.
32