D . Masukkan nilai baki tahun lepas pada ruangan yang telah disediakan . Jadual perlu diisi untuk tahun semasa sahaja sekiranya kertas kerja bagi meyediakan penyata kewangan tahun pertama seperti Syarikat Jiwa Sepakat .
E . Bagi menyediakan kertas kerja yang lengkap , masukkan nilai Balance sheet dan Profit & loss yang terdapat dalam lejar am ke dalam kertas kerja yang dinamakan Trial balance dalam Microsoft excel .
F . Selepas itu , kertas kerja audit boleh dilakukan . Langkah-langkah yang dilakukan semasa melakukan kertas kerja adalah seperti berikut : i . Mengimbangi Trial balance , semasa mengimbangi Trial balance , pengubah suaian dilakukan jika terdapat semasa melakukan AWP . Pengubah suaian berlaku jika ada dokumen yang tertinggal untuk direkod masuk dalam system MYOB atau dokumen yang ditinggalkan bagi bertujuan untuk bertanya kepada pihak atasan malah baki akhir tahun lepas perlu dimasukkan juga . ii .
Setelah siap Trial balance , pelatih boleh meneruskan dengan pengiraan keuntungan syarikat dalam Profit & loss statement . Penyata untung dan rugi perlu berdasarkan Trial balance yang telah diubah suai begitu juga dengan imbangan duga yang akan dilakukan setelah mendapat keuntungan syarikat . iii .
Setelah siap imbangan duga pelatih boleh terus membuat Cash flow . Aliran tunai ini dilakukan bagi melihat bagi wang keluar sama atau tidak dengan baki wang dalam imbangan duga .
33