the report 00 | Page 31

menjejas penerimaan cek sebagai satu kaedah pembayaran di Malaysia . Walaupun bank mengenakan penalti ke atas cek tak laku , ini masih tidak menghalang sesetengah pemegang akaun daripada mengeluarkan cek tak laku .
4.2.6.1.2 DEFINISI Cek tak laku adalah cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun yang ditolak oleh bank pembayar , sekiranya pengeluarannya dibuat : A . B .
Dari akaun tanpa dana yang mencukupi ; atau Dari akaun yang telah ditutup atas sebab selain daripada disenaraihitamkan di bawah Biro Kredit atau ditutup atas sebab perundangan seperti muflis ; atau
C .
Ke atas cek yang didepositkan tetapi dana belum boleh lagi digunakan oleh pemegang akaun kerana cek ini belum dijelaskan
4.2.6.1.3 KESAN CEK TAK LAKU Setiap cek tak laku yang dikeluarkan dianggap sebagai satu kejadian cek tak laku . Bank pembayar akan mengeluarkan satu surat amaran setiap kali terjadi cek tak laku .
Sekiranya cek tak laku dikeluarkan dari akaun yang sama sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 bulan , anda akan dianggap sebagai pesalah cek tak laku dan akibatnya ialah : i .
Akaun semasa anda akan ditutup dan nama anda akan dilaporkan oleh bank pembayar ke Biro Kredit .
31