TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 81

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Keburukan bermuamalah tidak mengikut cara Islam kepada individu masyarakat dan negara. Individu Masyarakat Negara Melahirkan individu yang tamak haloba dan mementingkan diri sendiri Masyarakat tidak bersatu padu kerana hilangnya semangat tolongmenolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Sistem ekonomi negara tidak akan berjalan dengan lancar kerana terdapatnya penindasan ke atas golongan yang lemah. Individu hidup dalam kegelisahan kerana takut harta mereka akan ditipu dan diselewengkan oleh orang lain. Masyarakat berada dalam kegelisahan kerana berlakunya penindasan ke atas golongan yang lemah dan memerlukan pertolongan seperti orang miskin dan sebagainya. Sistem kewangan negara akan runtuh kerana berleluasanya amalan rasuah dan riba dalam sistem ekonomi Individu boleh menceburi pelbagai bidang ekonomi melalui kepelbagaian jenis muamalah, seperti murabahah, musyarakah dan sebagainya. Masyarakat akan dibelenggu dengan masalah rasuah dan riba kerana golongan yang berada tidak akan menolong orang yang miskin dan memerlukan pertolongan kecuali jika mereka mendapat keuntungan dengan cara yang mudah. Ekonomi negara akan mundur kerana hanya golongan yang kaya sahaja dapat bersaing dan memonopoli kekayaan ekonomi negara. •. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 80