TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 82

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 • Memberi penerangan dan pendidikan secara berterusan melalui semua media massa kepada masyarakat tentang kebaikan menggunakan sistem muamalah Islam dalam urusan seharian. • Menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada masyarakat untuk berurusan dengan sistem muamalah Islam, seperti menyediakan kaunter syariah di semua bank-bank di Malaysia. • Mengemas kini sistem muamalah Islam agar sesuai dengan suasana dan persekitaran masyarakat di Malaysia. • Mengenal pasti masalah serta halangan yang boleh menghalang kelancaran dan keberkesanan sistem muamalah Islam dalam negara dan mengatasinya dengan segera. • Mendorong tanggungjawab bersama antara pendeposit dan pihak bank dalam menghadapi risiko untung rugi secara adil. • Pendeposit akan sentiasa mengetahui marjin untung rugi pada setiap bulan kerana kadar faedahnya tidak ditetapkan terlebih dahulu. • Operasi perbankan Islam tidak akan menyebabkan berlakunya inflasi kerana perbankan Islam pada dasarnya lebih banyak memberikan pinjaman dalam bentuk barangan modal seperti mesin, jentera dan bangunan kepada pengusaha. • Perbankan Islam tidak dipengaruhi oleh sentimen ekonomi yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri kerana operasinya tidak bergantung pada kadar faedah yang telah ditetapkan. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 81