Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Individu
1. Individu mempunyai banyak pilihan dalam bermuamalah.
2. Individu dapat hidup dengan tenang kerana keselamatan harta benda mereka terjamin
melalui pelbagai sistem muamalah yang disediakan.
3. Individu boleh menceburi pelbagai bidang ekonomi melalui kepelbagaian jenis muamalah,
seperti murabahah, musyarakah dan sebagainya.
Masyarakat
1. Dapat melahirkan semangat tolong-menolong di kalangan anggota masyarakat,.
Contohnya orang kaya boleh menolong orang miskin memulakan perniagaan dengan
melakukan mudharabah.
2. Masyarakat akan hidup dengan aman dan harmoni kerana setiap orang dapat menikmati
kemajuan ekonomi dengan cara mereka sendiri.
3. Masyarakat dapat menikmati ekonomi negara dengan lebih teratur dan tersusun kerana
setiap urusan mereka dikawal oleh sistem muamalah yang pelbagai.
Negara
1. Sistem ekonomi negara berjalan lancar kerana terdapat berbagai jenis muamalah yang
boleh dilakukan oleh rakyat.
2. Negara akan menjadi pusat kewangan yang disegani oleh negara luar kerana mempunyai
sistem muamalah yang berkesan bagi memajukan ekonomi.
3. Ekonomi negara akan bertambah maju dan mendapat pengiktirafan masyarakat
antarabangsa kerana semua rakyat dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
memajukan ekonomi
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
79