Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Dari bahasa bermaksud ketetapan
Pada Istilah syarak ialah menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai cagaran bagi sesuatu
hutang dan barangan tersebut akan menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutang
dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.
Menurut istilah perbankan ar-Rahn bermaksud kontrak di mana aset yang berharga dijadikan
sebagai cagaran untuk pinjaman dan bank berhak menjual cagaran tersebut sekiranya pelanggan
gagal menjelaskan hutangnya dalam pada waktu yang telah ditetapkan.
( Sistem pajak gadai
secara Islam )
Dari segi bahasa bermaksud sewa
Dari segi istilah syarak bermaksud satu perjanjian yang membolehkan seseorang
itu mengambil faedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan membayar
bayaran yang tertentu. ( Sistem sewaan secara Islam )
Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran harga secara
tertangguh termasuk keuntungannya sekali. Pelanggan dibolehkan membayar
secara ansuran mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.
( Sistem jual beli barangan secara ansuran mengikut Islam )
Contohnya pembeli membeli sebuah kereta dengan harga RM 50,000.00 dengan
bayaran penuhnya ditangguhkan hingga kepada 60 bulan kemudian. Pembeli akan
membayar harga kereta tersebut sebanyak jumlah yang telah dipersetujui setiap
bulan sehingga cukup harga jualan tersebut.
Menurut bahasa
ialah menjamin, menjaga atau memelihara
Menurut istilah syarak
ialah gabungan anggota masyarakat untuk saling jamin
menjamin dan tolong-menolong bagi meringankan beban
orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang
menyusahkan.
Menurut konsep perbankan
al-Takaful
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
Dalam istilah perbankan takaful juga dikenali dengan nama
kontrak insurans Islam di mana sekumpulan ahli bersetuju
untuk menjamin sebarang kerosakan atau kerugian yang
berlaku ke atas mana-mana ahli. ( Sistem Insuran secara
Islam )
76