TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 76

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Menurut bahasa Persamaan, pelaburan atau potongan kerana pelabur memotong sedikit daripada hartanya untuk diberikan kepada pengusaha. Menurut istilah syarak Bermaksud pelabur memberi modal kepada orang tertentu untuk diperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atau sebahagiannya menurut perjanjian yang telah dipersetujui bersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanya akan ditanggung oleh pihak pelabur sahaja. Menurut konsep perbankan al-Mudharabah Satu perjanjian yang dilakukan antara pemodal dan pengusaha, di mana pemodal bersetuju membiayai sesuatu projek yang sedang atau akan dilaksanakan oleh pihak bank secara berkongsi untung menurut nisbah keuntungan yang terlebih dahulu dipersetujui secara bersama Sistem mudharabah amat praktikal kepada pelabur dan pengusaha kerana: • Pelabur boleh mengembangkan hartanya melalui bidang perniagaan walaupun beliau tidak mempunyai kepakaran dalam perniagaan. • Pengusaha yang tidak mempunyai modal tetapi pakar dalam bidang perniagaan dapat menjalankan perniagaan melalui modal yan g dilaburkan oleh pelabur Dari segi bahasa Syarikah atau Musyarakah bermaksud bercampur atau berkongsi. Dalam hal ini mencampurkan satu modal dengan modal yang lain sehingga tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Menurut istilah fikah suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan bersekutu dalam keuntungan. Dalam istilah perbankan satu perjanjian usaha sama antara dua atau beberapa orang pemilik modal untuk menyerahkan modalnya dalam menjayakan sesuatu projek. Keuntungan dan kerugian daripada projek tersebut berdasarkan besar atau kecilnya modal masing-masing sebagaimana yang telah dipersetujui secara bersama. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 75