TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 75

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 PELAJARAN 4 UNIT 3 JENISJENIS-JENIS MUAMALAH Menurut bahasa Meninggalkan atau meletakkan, iaitu meletakkan sesuatu barangan pada orang lain untuk dipelihara atau dijaga Menurut istilah syarak Memberi sesuatu barang atau harta yang berharga kepada orang lain untuk disimpan dan dijaganya. ( Akaun simpanan wang secara Islam ) Menurut konsep perbankan al-Wadiah Ialah pendeposit akan mengamanahkan kepada bank bagi menyimpan wang bagi pihak pendeposit. Bank pula akan memberi jaminan bahawa wang berkenaan akan dikembalikan kepada pendeposit sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, seperti mana yang di tuntut oleh pendeposit. Murabahah bermaksud menjual barang dengan tambahan keuntungan, di mana barang tersebut diserah segera manakala harga jualan yang terdiri daripada kos dan keuntungan dibayar kemudian oleh pembeli. Cara perlaksanaannya ialah dengan cara pihak bank membelikan barangan yang diperlukan oleh peminjam atas nama bank. Kemudian pihak bank menjual barangan tersebut kepada peminjam dengan harga yang dipersetujui bersama dan akan dibayar dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 74