TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 78

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Perbezaan antara Insuran Islam (al-Takaful) dengan insuran konvensional Al-Takaful Bebas daripada unsur-unsur Gharar ( ketidak pastian dalam urusan perniagaan) Bebas daripada unsur Maisir (Judi) Insuran konvensional Mempunyai gharar, kerana apabila tidak berlaku tuntutan, syarikat insuran akan mendapat semua keuntungan (premium ) sementara peserta tidak mendapat sebarang keuntungan Terdapatnya unsur-unsur maisir, contohnya, peserta yang membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Peserta akan kehilangan wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi tidak berlaku, syarikat insurans akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. 1. Untuk mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong-menolong, dan bekerjasama dalam mengembangkan ekonomi melalui sistem muamalah Islam seperti musyarakah, ijarah dan jual beli. 2. Untuk memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan menghindarkan perbuatan zalim, penganiayaan dan penindasan ke atas golongan yang lemah seperti riba, penipuan, merampas hak orang lain, dan sebagainya. 3. Untuk keselesaan dan kemudahan manusia memilih cara bermuamalah yang terbaik mengikut keperluan mereka. Contohnya orang kaya boleh mengembangkan hartanya melalui mudharabah manakala orang miskin pula boleh menambahkan modal perniagaan mereka melalui murabahah dan sebagainya . 1. Untuk memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi mereka dengan lebih berkesan dan tidak hanya bergantung pada jenis muamalah tertentu sahaja. Contohnya manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti perniagaan untuk mendapatkan wang seperti ijarah, ar-Rahn dan al-bai bithaman ajil dan sebagainya. 2. Untuk memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kemampuan hidup mereka. Contohnya orang miskin dapat memiliki sesuatu barangan yang diperlukan oleh mereka melalui ijarah atau al-bai bithaman ajil. 3. Untuk menggalakan orang yang mempunyai harta yang banyak membantu golongan yang kurang berharta di samping dapat mengembangkan lagi harta tersebut melalui aktiviti ekonomi yang dibenarkan oleh syarak seperti ar-Rahn, Ijarah dan sebagainya Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 77