Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 9

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016 10 LANGKAH KE ARAH PENULISAN YANG LEBIH BAIK DAN BERKUALITI Oleh Hj. Alias bin Sidek Menulis dengan baik adalah salah satu kemahiran bahasa yang paling dicari dan berguna dalam dunia masa kini. Ironinya, kemahiran ini telah menjadi salah satu kemahiran yang jarang ditemukan dan paling bawah antara nilai kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar, sedangkan pada masa yang sama terdapat tenaga pengajar yang mempunyai masa, sumber, atau kemahiran untuk mengajar kemahiran menulis dengan berkesan. Berikut adalah beberapa tips dan prinsip umum untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran menulis, yang bukan sahaja akan meningkatkan kualiti penulisan, tetapi turut membantu membangunkan keupayaan untuk berfikir dan meneroka topik yang sukar. Walaupun penulisan ini ditujukan kepada pelajar, namun manfaatnya boleh digunakan untuk apa-apa jenis bahan bertulis. Mengikut kadar kendiri Terlalu ramai pelajar memulakan kerja-kerja menulis tugasan mereka secara berterusan pada malam sebelum tarikh akhir penyerahan tugasan . Kebanyakan daripada mereka berasakan bahawa mereka telah menggunakan cara yang terbaik untuk menulis. Sebenarnya mereka telah menipu diri sendiri dengan pemikiran tersebut. Pensyarah lazimnya telah memberi tugasan pada awal semester atas sebab-sebab tertentu, antaranya supaya pelajar mempunyai masa yang cukup untuk merancang, menyelidik, menulis dan menyemak kertas kerja. Dengan mengambil kesempatan daripada tempoh masa itu bermakna bukan sahaja pelajar akan menghasilkan tugasan yang lebih baik, tetapi juga pelajar dapat mengurangkan tekanan dan turut menikmati tidur malam tanpa gangguan. Contohnya, untuk tugasan yang memakan masa selama 6 minggu, pelajar boleh menggunakan 2 minggu pertama untuk melakukan kajian dan rujukan, 1 minggu untuk menulis draf, 1 minggu untuk membuat semakan semula dan minggu ke-5, pelajar sudah boleh mula menulis tugasan dengan selesa. Minggu ke-6, laksanakan bacaan pruf dan hantar tugasan. 1 Merancang kemudian tulis Pelajar harus sedar bahawa tidak ada penulis yang berjaya tanpa merancang kerja sebelum mula menulis. Jika ada penulis yang berkata bahawa dia tidak merancang bermakna dia berbohong. Memang, tidak semua penulis, atau mungkin ramai penulis yang menghadapi masalah berkaitan dengan format penulisan, penggunaan angka Roman atau Arab, huruf besar dan kecil, dan sebagainya. Rangka kasar penulisan boleh berupa peta minda, senarai maklumat yang diperlukan, suatu penyataan tujuan atau imej mental berkaitan dengan tugasan yang hendak ditulis. Jika pelajar mempunyai kemampuan, perenggan pertama atau pengenalan boleh terus ditulis. 2 Apa jua bentuk penulisan yang diperlukan, garis kasar yang berkesan berguna untuk mencapai beberapa perkara. Ia umpama alat pengukur untuk mengukur kemajuan semasa pelajar menulis. Ia bertindak sebagai peringatan untuk memastikan pelajar merangkumkan topik yang sepatutnya ditulis. Ia membantu pelajar menulis apabila buntu. Satu garis kasar yang baik membolehkan pelajar untuk melihat semula ke belakang dan sebagainya, membolehkan untuk menguji topik pemikiran atau kajian yang dibuat, daripada hanya menunggu untuk melihat apa yang telah ditulis atau memikirkan perkara yang hendak ditulis. Akhir sekali, dengan adanya rangka kasar yang baik membantu pelajar untuk memberi tumpuan kepada matlamat penulisan tugasan berkenaan. JPM IPGKDA