Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016
Boleh mulakan penulisan di bahagian tengah
3
Salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah kurang arif tentang cara untuk memulakan penulisan. Pelajar bagai merenung skrin kosong dan cuba untuk memikirkan sesuatu yang mengagumkan lagi mendalam untuk memulakan penulisan. Terasa amat berat. Sukar untuk memulakan ayat pertama. Fikiran menjadi buntu. Dalam hal begini, pelajar boleh sahaja melangkau ke perenggan / subtopik berikutnya. Tidak perlu menunggu lama di situ. Melangkau ke bahagian lain bukan menjadi kesalahan. Pelajar boleh kembali semula ke bahagian pengenalan apabila pelajar telah mempunyai maklumat untuk menulis. Dalam banyak keadaan, selalunya pelajar lemah dalam menulis bahagian pengenalan. Ternyata, perenggan pertama kurang upaya mengetengahkan matlamat penulisan, sesuatu yang sepatutnya boleh digunakan untuk menambat keinginan pembaca untuk terus menikmati apa yang ditulis.
Tulis draf pertama Tulis sesuatu yang ada dalam pengetahuan pelajar terlebih dahulu. Jangan bimbang melakukan
4kesilapan. Bahagian yang memerlukan pelajar membuat rujukan bagi mencari fakta atau maklumat penting boleh diberi tanda tertentu seperti tanda kurungan bagi memudahkan pelajar merujuk kemudiannya. Pelajar boleh meneruskan menulis draf ke bahagian seterusnya. Buat masa ini pelajar tidak perlu memikirkan sangat tentang peraturan tatabahasa dan format. Semua kesilapan dan kekurangan dalam penulisan boleh dibaiki semasa semakan draf dibuat. Apa yang pelajar tulis semula nanti adalah lebih utama.
Jangan memplagiat Plagiarisme berlaku apabila pelajar mengambil maklumat daripada sumber internet atau bahan
5bercetak lain tanpa menyatakan sumbernya dan dianggap sebagai hasil penulisan sendiri. Tindakan meringkaskan hujah orang lain atau menggunakan data mereka tanpa menyatakan sumber, yang bukan pemikiran asal sendiri tanpa merekodkan sumber asalnya juga dianggap telah melakukan plagiarisme. Memplagiat penulisan orang lain secara tidak bermoral ini dianggap sebagai satu‘ jenayah’ akademik yang seharusnya dielak dan dibanteras. Pelajar harus berdiri atas usaha sendiri dan bukan dengan cara menjiplak hasil usaha orang lain.
Menggunakan arahan dengan bijak Pastikan tugasan pelajar memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam tugasan. Fahami kehendak
6soalan dengan memberi fokus kepada‘ kata kunci’ soalan berkenaan. Kata kunci yang berbeza memerlukan tindak balas yang berbeza juga. Contohnya, soalan aras aplikasi yang menggunakan kata kunci seperti‘ Tunjukkan’,‘ Carikan’,‘ Binakan’ memerlukan pelajar menyelesaikan masalah dengan cara menggabungkan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang bersesuaian. Jika soalan aras analisis yang menggunakan kata kunci seperti‘ Bandingkan’,‘ Buktikan’‘ Cerakinan’ dan lain-lain memerlukan pelajar menganalisis atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam.
Selain daripada itu, jumlah perkataan atau panjangnya tugasan perlu diberi perhatian. Jumlah muka surat yang sedikit bukan bermakna tugasan itu mudah atau boleh dibuat pada saat-saat terakhir dan memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih panjang. Tidak ada istilah ringan atau berat dalam melaksanakan tugasan. Kadangkala tugasan yang sedikit bilangan muka surat lebih sukar ditulis kerana memerlukan pelajar lebih fokus dan jelas dengan kehendak sebenar soalan kerana pelajar perlu menjawabnya dengan
JPM IPGKDA