Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 11

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016
tepat, jelas dan padat tanpa ada ruang untuk bermain dengan kata-kata. Oleh yang demikian, berhatihatilah, jangan terperangkap oleh bilangan muka surat atau jumlah perkataan yang sedikit.
Elakkan Wikipedia Banyak pelajar yang menjadikan Wikipidea sebagai sumber rujukan utama. Walaupun tidak dinafikan

7bahawa Wikipidea dapat memberi maklumat segera. Namun, pada peringkat pengajian tinggi, rujukan melalui Wikipidea atau mana-mana ensiklopedia di internet untuk dimuatkan dalam penulisan akademik adalah tidak sesuai. Bahan-bahan yang dikutip tidak berwibawa berbanding sumber yang dikutip daripada bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan. Jika sekadar untuk mencari maklumat atau pemahaman awal tentang tugasan, merujuk Wikipidea bukan satu kesalahan, tetapi bergantung terus kepada bahan Wikipidea akan menjadikan tugasan yang dihasilkan kurang wibawa kerana tidak bersandar kepada analisis, interpretasi dan kajian yang mendalam.

Fokus pada tujuan penyampaian

8

Semak kertas sekurang-kurangnya sekali, bagi memastikan tujuan penulisan betul dan tidak terkeluar daripada skop tugasan. Setiap ayat perlu mengarahkan pembaca ke arah kesimpulan. Tanya diri sama ada setiap ayat atau hujah bermakna, bukan sekadar mengambil ruang. Tanya diri, Apakah ayat topik jelas? Adakah huraian lengkap dan munasabah?. Contoh-contoh yang diberikan dapat mengukuhkan hujah? Bagaimana dengan aspek kohesi dan koheren dalam penulisan? Adakah setiap ayat dalam perenggan menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang topik yang ditulis? Apabila pelajar selesai menulis draf pertama, pastikan bahawa pemahaman tentang tugasan tersebut menjadi lebih besar dan jelas apabila mula menulis.
Mengakhiri tugasan Jangan keliru antara " kesimpulan " dengan " ringkasan ". Perenggan yang terakhir atau kedua akhir

9sepatutnya menjadi kemuncak kepada hujah, bukannya satu pengulangan. Jelaskan hasil kajian untuk menunjukkan kepentingan fakta yang anda telah dibentangkan atau cadangkan penjelasan untuk data yang dikemukakan sebagai suatu penyelidikan masa depan. Kesimpulannya, perlu ada suatu resolusi yang kuat untuk tugasan anda, bukan sekadar bicara kosong.

Membuat pembetulan Bacaan pruf dan semakan semula adalah dua hal yang berbeza. Semakan semula lebih kepada melihat kembali fokus penulisan sama ada hasil penulisan memenuhi kehendak soalan tugasan atau tidak, untuk memastikan segala perkara penting yang perlu ditulis telah dinyatakan. Jika ada kelemahan di mana-mana bahagian, pelajar boleh membaikinya sebelum serahan tugasan dibuat. Sementara bacaan pruf pula lebih ke arah memberi perhatian kepada aspek tatabahasa- pastikan setiap ayat mempunyai subjek dan predikat yang sempurna. Betulkan semua kesilapan ejaan, tanda baca dan sebagainya. Lazimnya, pelajar gagal untuk melaksanakan sesi bacaan pruf. Mereka menyangka apabila semakan telah dibuat maka selesailah tugasan tersebut.

10

Sebagai peringatan, tiada jalan pintas untuk pelajar menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Cara terbaik untuk memperbaiki tulisan adalah dengan menulis sebanyak yang mungkin. Panduan di atas sekadar membantu pelajar mengenal pasti daerah kelemahan dalam penulisan. Selebihnya terletak pada diri pelajar sendiri.
JPM IPGKDA