Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 7

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016
Gurindam pentingnya erat dalam hidup
Apabila erat dalam sahabat Pasti ikatan kekal berkat
Apabila erat dalam berkasih Pasti menjadi insan terpilih
Apabila erat dalam berkawan Pasti mesra hubungan berkekalan
Apabila erat dalam bercinta Pupuklah kasih janji setia
Apabila erat dalam keluarga Pasti semuanya aman bahagia
Apabila erat dalam berkata Berkatalah elok jangan bernista
Apabila erat hubungan adik beradik Pupuklah kemesraan jangan berdetik
Apabila erat berumah tangga Itulah tanda cinta yang setia
Apabila erat dalam mesyuarat Semua keputusan seia sepakat
Apabila erat dalam hubungan Pasti bahagia penuh kesenangan
Apabila erat semasa susah Segala musibah dapat disesah
Apabila erat mencari harta Keluarlah zakat jangan dilupa
Apabila erat dalam bekerja Segala tugas senang dihela
Apabila erat dalam berkawan Segala musuh dapat ditawan
Apabila erat semasa berjalan Pastikan tumpuan jangan sembarangan
Apabila erat semasa menulis Pastikan nukilan isinya habis
Apabila erat semasa bertugas Segala halangan dapat direntas
Apabila erat penuh etika Nasihat diberi dijaga muka
Apabila erat dalam bertutur Segala kerja senang diatur
Apabila erat dalam urusan Segala kelemahan dapat dikesan
Apabila erat dalam kehidupan Segala rintangan dapat di depan
HJ. ABDULLAH BIN MAT IPG Kampus Darulaman November 2015
Oleh Bukhari Shafie
Yang Dipertua, Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan
JPM IPGKDA
DBP telah memutuskan penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu.
i. Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan, contohnya: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Kedah ii. Frasa Yang di-pertua digunakan khusus untuk ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, contohnya: Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di-Pertua Dewan Rakyat iii. Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negeri, contoh: Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang
Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2. 2012. Dewan Bahasa dan Pustaka.