Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 6

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016 4 Peribahasa Melayu Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. Makna Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya 5 Tanam tebu di bibir mulut orang yang suka menabur janji tetapi tidak suka menunaikannya. Di samping itu, terdapat juga pantun tentang janji yang dirakamkan bagi memperlihatkan betapa pentingnya “menjaga” janji dalam kehidupan bermasyarakat. 1 2 3 Pantun Apa guna tanam keranji, Kalau tidak manis menggula; Apa guna janji-janji, Kalau kata tidak dikota Saya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya. Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu. Maksud Memperlihatkan keperluan menunaikan janji apabila sudah dibuat Menunjukkan bahayanya jika janji tidak ditunaikan Menunjukkan kecegaan untuk membuat janji kerana takut ditunaikan Persis, simpulan bahasa dan pantun Melayu berkaitan dengan janji seiring dalam memperkatakan kepentingan menjaga “janji”. Kecaknaan terhadap janji pasti menjalinkan keakraban antara pembuat dan penerima janji. Justeru, jangan mudah kita membuat janji sekiranya janji itu dijangka sukar untuk ditepati atau dipenuhi apatah lagi sememangnya untuk dimungkiri. Apapun kata itu kota, dan adat diisi, janji dilabuh kerana kata pepatah sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika haruslah dipegang dan dijadikan amalan. Elakkan daripada sikap tegak berpaling, duduk berkisar . Sebaliknya, barang yang dikata, itulah kota dan kerbau dipegang orang talinya, manusia dipegang mulutnya. Untuk itu, apabila seseorang itu berjanji, ia wajib menunaikan janjinya itu. Perbuatan mungkir janji bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah, bahkan akan turut menyebabkan berlakunya kesusahan kepada orang lain. Janji yang tertunai akan pasti membawa kesan yang baik, antaranya; menambahbaik ibadah dan memperkukuh hubungan rohani bagi membuktikan kesetiaan kita kepada Allah, mendidik diri untuk sentiasa berlaku jujur dalam setiap amanah dan tugas yang diberikan dan mengharmonikan hubungan individu dalam keluarga dan dalam masyarakat. BULAN BAHASA KEBANGSAAN Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Diperoleh daripada lamandbp.gov.my dan klikweb.dbp.my JPM IPGKDA