Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 5

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016
Oleh Hj. Mohamad Roslan bin Ghazali, MD
Peribahasa Melayu
Makna
1
Adat diisi, janji dilabuh.
Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati
2
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya
Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu
JPM IPGKDA
Peribahasa Melayu 1 Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir.
3 Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah.
JANJI DALAM PERIBAHASA MELAYU
Nilai ukur keperibadian seseorang bukan sahaja terletak pada gaya berpakaian, tinggi pangkat dan kelulusannya serta keterampilan berbicara dengan lunak dan wibawa. Namun harus juga dilihat cara seseorang itu menangani perkara berkaitan dengan hubungannya dengan individu lain, ahli keluarganya, malah masyarakat persekitarannya. Salah satu konteks hubungan individu dengan individu lain, ahli keluarganya, dan masyarakat persekitarannya ialah janji. Berpegang kepada janji bukan sahaja dituntut dalam Islam, malah dalam setiap agama yang wujud di marcapada ini. Hal ini kerana, janji adalah asas dalam membina kehidupan yang harmoni sesama manusia. Tanpa sifat berpegang kepada janji, boleh menyebabkan seseorang itu dikira sebagai munafik.
JANJI... mudah ditulis, dieja, dibaca dan disebut. Namun sungguh berat pengertiannya. Janji lazimnya dibuat sesama insan. Janji boleh dituntut oleh rakyat kepada pemimpinnya, ibu kepada anaknya, juga isteri kepada suaminya atau juga antara individu dengan individu yang mengikat janji demi memenuhi suatu tuntutan, acapkalinya tuntutan bersifat material. Pepatah Melayu ada mengatakan dan pastinya kita semua tahu,“ Lembu biasanya diikat pada tali, tetapi manusia itu diikat dengan janji”. Adakah janji itu sudah dilunasi dan diikat rapi?
Dalam budaya bangsa kita, persoalan janji ini memainkan peranan yang sangat besar khususnya bagi melahirkan masyarakat yang prihatin, mengeratkan silaturrahim dan mengekalkan hubungan yang harmonis. Memegang janji ataupun setia dianggap suatu nilai yang positif dalam masyarakat Melayu. Peribahasa Melayu menyatakan:“ Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya”. Orang Melayu amat menitik berat tentang sikap menunaikan janji. Lantaran itu, terbitlah peribahasa:“ Kata biarlah kota”, iaitu janji hendaklah ditepati. Orang yang mungkir janji mempunyai kedudukan yang hina di sisi masyarakat seperti,“ kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya”, iaitu orang yang suka mungkir janji. Masyarakat tidak akan mempercayai dan menaruh harapan terhadap golongan yang pandai berjanji tetapi sukar melaksanakannya. Oleh itu, janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati kerana harga manusia terletak pada janjinya
Menurut Kamus Dewan, kosa kata janji bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. Janji juga bermaksud syarat, ketentuan, atau tuntutan. Daripada kosa kata janji terbentuklah kata terbitan berjanji, perjanjian, menjanjikan, dijanjikan dan memperjanjikan. Kosa kata janji, jika ditelusuri turut digunakan untuk membentuk peribahasa Melayu. Hal ini menunjukkan peri pentingnya janji dalam kehidupan masyarakat sebagai elemen perhubungan sosial.
Tidak menepati janji
Makna
Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri
2
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.
Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna
3
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan.
Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.
Selain peribahasa tersebut, terdapat juga peribahasa lain yang dapat dikaitkan dengan amalan janji setidaktidaknya dapat dijadikan suri teladan dan pengajaran kepada diri kita agar beringat-ingat, dan berhati-hati apabila kita menabur janji kepada sesiapa pun, Secara tersirat, peringatan tentang janji dapat dilihat pada peribahasa berikut: