Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.3 Sept.2014) | Page 5

Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 3 Sept. 2014 ‘Merdeka’ Laungan keramat Merdeka, merdeka, merdeka, laungan keramat 310857. Malaya bebas penjajahan sendiri berkerajaan. Merdeka, Merdeka, Merdeka, laungan keramat. Wahai anak muda Pejuang kemerdekaan jangan dilupa buku sejarah dibuka dibaca. Siapakah mereka? Sanggup korban jiwa raga supaya negara merdeka. Merdeka, merdeka, merdeka, laungan keramat. Dalam jiwa harus terpahat kalimat tiada siapa boleh gugat. Merdeka, merdeka, merdeka, laungan keramat. Bangun bangsaku pertahankan kemerdekaan hingga darah titisan. Merdeka, Merdeka, Merdeka, laungan keramat. Walau nyawa melayang dari badan walau apa saja yang gugat keamanan walau pengkhianat protes jalanan untuk ambil alih pemerintahan jangan biarkan, ganyang mereka, supaya angan-angan tidak jadi kenyataan. Merdeka, merdeka, merdeka, laungan keramat. Jika ada petualang, pengkhianat kemerdekaan negara cuba digugat, kita cincang sampai lumat. Merdeka, merdeka, merdeka, laungan keramat. Jangan tiba 3108 sahaja diucap kalimat dalam jiwa harus disemat setiap masa setiap saat. Selagi masih ada nyawa selagi masih ada tenaga selagi masih ada bumi selagi masih ada bulan, mentari selagi masih ada embun pagi selagi dunia belum kiamat kemerdekaan harus dipertahan. Haji Nordin Wan Daud JPM Amalan Bekerja Kalau kita rakan sekerja Semuanya dibuat dengan rela Kalau lihat rakan sekerja Penuhkan sayang cinta di mata Kalau cinta rakan sekerja Cintalah setakat sahabat sahaja Kalau sayang rakan sekerja Kerja dibantu bukannya dicerca Kalau membantu rakan sekerja Bantulah seikhlas rasa di dada Kalau bersama rakan sekerja Binalah ukhwah seada-adanya Kalau tolong rakan sekerja Berikan tenaga penuh sukarela Kalau benci rakan sekerja Jangan sekali mereka dicerca Haji Abdullah Mat JPM